Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Sunday, April 28, 2013

Elken Winners' Nite 2013 - pengalaman dan perkongsian..best.!!

Okey tengah semangat nak kongsi pengalaman sepanjang Winners Nite semalam... Serius,, excited giler nak post entri pasal event ni... Patutnya aku pergi bertiga tapi last minute akak tak jadi pergi sebab anak dengan suami dia demam panas..huhu..Takpelah benda dah jadikan.. akhirnya..aku pergi dengan tunang jelah..

Muka excited nak gi Winners Nite..yelah pengalaman pertama mestilah hepiii..

Kaki je muka taknak...Okey..sampai kite amik gambar full ye..=P

Rombongan Cik Kiah dari Melaka dalam dua bas je.. Satu sewa bas sekolah dan satu sewa bas persiaran... Ada ke patut sewa bas sekolah je..? Memang tak patutlahkan takde classs..hihihi.. Aku naik bas ape.?..Ceteke3....yeahhhh betul..mestilah aku naik bas persiaran yang selesa lagi empuk tu..=P


Nampak tak bas persiaran yang kat belakang tu..Haaa..aku naik bas tulah bukan yang depan yerrr...

Semua orang pernah naek baskan..aku pun sama jugak tapi apa yang berbezanya naek bas dengan group Elken ni ialah mereka tak henti-henti bercakap je... Hamekk ko,..salah naek bas ke apa ni...hehehe.. Bukan cakap kosong tau tapi banyak perkongsian diadakan dengan bercerita tentang pengalaman dan perasaan masing-masing tentang destinasi yang nak ditujui.. Cewahhh..macam ayat karangan pulak.. Nak dijadikan cerita..aku mula-mula bengang gaklah sebab aku jenis yang kalu naek bas suke pandang tingkap duk diam-diam pastu tidooo... Tapi situasi dah jadi terbalik yang mana aku secara terpaksarela kena jugak bercakap...Mula-mula bengang tapiiiiikan mula je bengang bila dah pegang je mikrofon tu aku cakap macam dah takmo bagi orang lain cakap...muahhhahaha....tunang aku pun sama gak dia pendiam tapi bila suh cakap..emmm....'not bad'..kalu selalu cakap boleh jadi GILER MIKROFON cam aku gaklah..hehehe.....

Pertama kali cakap dalam bas guna mikrofon mau tak semangat..hihi..

 Pemandangan semasa bergerak banner-banner kempen yang nampak..

DCM Suhaimi jadi mc sepanjang perjalanan memang tak sunyilah duduk dalam bas..hehe.


Sampai Stadium Putra dalam pukul 11.30 pagi itupun sebab berhenti makan dekat hentian RnR Nilai kejap....Makaiiii,.lautan manusia memakai baju merah dan hitam dekat perkarangan stadium...Untuk pengetahuan korang,..baju sistem Elken ialah merah dan hitam..smartkan..=) 

 Sampai je dekat Stadium Bukit Jalil banner kempen dah tukar pada banner Elken..=P
 Pemandangan sepanjang jalan ke stadium...dalam bas tu semua rombongan Elken..

 Dah sampai kena pakai baju sistem..=)



Masa sampai tak ramai lagi sebab baru pukul 11.30 pagi...tak ramai pun boleh sesat gak tak jumpe kawan sebas...huhuhu.. 

Ini orang belum pun masuk stadium dah rambang mata tengok kereta mewah..xpasal2 aku kene jadi kamerawomen snap pic dia..hehehe...


Tadi citer kat luar stadium masa nak sampaikan,..sekarang aku nak citer hal kat dalam stadium pulak.. Sebenarnya kami hanya akan dibenarkan masuk ke dalam stadium pada jam 2.00 petang sementara tu kami hanya berlegar di ruang sekitar stadium sahaje...Tapi tak boring tau sebab ada pameran pasala produk Elken seperti DX dan Charm lingerie,..BIO PURE, produk MRT dan macam-macam lagilah..

 My Idol..MCCM Arissa dalam masa 2tahun dengan peluang CBP dah jadi jutawan Elken berpendapatan lebih 50k tapi aku rasa dah 6angka income dia ni sebab umah dengan kereta semakin bertambah-tambah pulak..pergghhhh geram2...
Ini mentor kesayangan kami..Cikgu Zainal..hihihi..

Saya pun nak jugak...hehe..

 Merata tentatif program ni ditampal..aku pun baru tengok aturcara majlis ni..kih3..

 Nak masuk kena tunjuk tiket..pas2 dapat sepasang cam belon tepuk2 tu dengan kena cop dekat tangan.


Ini tiket kamilah...=)

Bila sampai je dekat tempat pameran 'Car Fund'..'House Fund'...pelayak-pelayak berpangkat DCM, CCM dan MCCM....satu je perkataan yang aku sebut iaitu.."Ya,Allah ramainya orang yang dapat"... Bila aku cakap macam tu nak tau tak apa yang aku fikir..aku pun boleh dapat semua ni sebab kalu ramai yang dapat bermakna syarikat ni memang betul nak bagi semua orang berjaya...hehe.. Patutlah mentor aku boleh bertahan selama 10 tahun dalam dunia Elken..



Antara penerima tertinggi MCCM tahun ni...

Ko tengok Cik Jah..sikit punya ramai yang akan menerima anugerah malam ni..semangat2..


Wahhh,..gambar mentor sayalah... Bangga dengan kejayaan mereka..nampak tak gambar kecik2 dekat belah bawah tu..Kalu nak tau mereka semua adalah antara yang telah berjaya di bawah bimbingan Cikgu Zainal..mekasih cikgu...saya next yer..=)

Pilih2 anda mau kereta mana... Juling kejap...hehe..

Pakcik ni pun nak jugak..sikit punye telek lagi gambar2 achiever yang dah dapat car fund...

Antara trofi yang dipamerkan..aku dah pegang amik aura..hihi..Berat tau..

Nampak tak yang pakai purdah tu...Tunang aku cakap orang pakai purdah yang alim2 pun nak buat Elken berjaya lagi tu..xde alasan dia bagi tapi kita ni takkan tak tercabar kot..hehe.. Tetiba sentap plak aku tapi dalam hati dah bertekad nak berjaya jugak.. Helloo..pakcik atuk makcik nenek pun dah success takkan aku yang Gen Y tak boleh kot...malulahhh...huhuhu..

Okey..setakat ni saja aku sambung lagi pasal Winner Nite ni dekat entri seterusnya yer... Apa yang kami jumpa apa yang kami dapat sepanjang majlis ni berlangsung.. Yang pasti ianya pengalaman berharga buat aku yang masih hijau dalam dunia bisnes 'Elken'...=)


p/s : Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk Elken...terutamanya DX dan Charm serta penapis air Bio Pure..boleh call/sms/whatsapp....012-3590827 (Irma)..saya sedia berkongsi dengan anda..!=)



................MISZPUMPKIN87...................



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...