Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Thursday, September 8, 2016

Pengalaman bersalin anak pertama Part 2

Salam sambung balik pengalaman bersalin anak pertama yang mana dah hampir setahun berlalu baru nak citer..hehehe.. Lepas dah siap jahit aku dibiarkan berehat tak pasti berapa lama tapi taklah lama sangat sambil tu aku sempatlah mintah suami buatkan teh Tanamera sebab tekak dah haus.. Sebenarnya sebelum sakit yang amat masa nak bersalin sempatlah aku main mesej dengan kawan sekerja aku, Kak Hane macam-macamlah kitaorang citer macam takde pape pulakkan..hihihi.. Ingat lagi orang terakhir yang mesej aku kawan satu tempat kerja jugak, Izati tapi aku tak reply pun mesej dia sebab dah mula sakit-sakit.. Lepas bersalin baru aku reply mesej kawan-kawan aku.. tak tau dari mana dapat tenaga lepas bersalin memang tak rasa lemah lembik..elok je aku bejaga tak tido..!!!

Masa dah tolak ke dalam ward..memang dah polisi hospital agaknya... adalah sorang nurse yang bertugas ni macam tak boleh nak lepaskan aku buat pape sorang-sorang..kalau boleh semua dia nak buatkan.. Alkisah, lepas tolak ke dalam ward, cirit-birit kembali menyerang..hahahah... Boleh stop pastu continue balik ea...hihihi.. Aku dipimpin masuk ke dalam toilet tapi yang tak best nurse ni nak tunggu aku dalam toilet takut pape jadi maksudnya dia mengadap aku nak memerut...!!! Baik sangatkan tapi dah aku pulak tak selese tak penah dalam hidup aku tengah berak ada orang kat depan....hahahahahah.. Jenuh jugaklah aku nak yakinkan dia aku oke just tunggu depan pintu toilet pun cukup kalau nak pape aku panggil je.. Nasib baik nurse tu faham.. Lagi satu aku bersyukur sangat masa awal bersalin aku tak kena sembelit mungkin disebabkan cirit tu yang tak rasa sakit nak memerut..semua berjalan lancar je..=D

Secara keseluruhannya,..service memang tiptop walaupun aku duduk dekat wad empat katil..masa mula-mula daftar ada ditanya samaada aku nak wad sorang ke  atau yang dua katil.. Aku jenis tak kisah sangat so aku decide nak wad biasa jelah.. Tapi kalau dimurahkan rezeki dapat bersalin untuk kali ke dua dekat Hospital Pantai,..aku pilih yang dua katil kot sebab empat katil satu wad macam crowded sangat mana taknya dengan sedara mara patient katil sebelah dah macam tak ingat nak balik pastu pasang movie sekuat-kuat tidak tak hormat orang katil sebelah..taulah ko duduk tu berbayar tapi adab jagalah sikit!!! Nape tak amik yang single je..hihihi.. suami aku tak bagi sebab dia cakap aku sorang je takut nanti aku yang penakut tinggal sorang-sorang..ngadekan..hehehe..

Nurse pun oke,..dari dalam labour room diorang yang bersih dan tukarkan baju aku kire daripada kepala sampai ke kaki sume dibantu termasuk nak bersihkan bahagian tuttt.. Masa dalam wad pun sama nurse yang buatkan kecualilah nak tukar baju kena buat sendiri melainkan memang kita request nak mintak nurse tolong.. Lagi satu tekan bell je diorang akan datang membantu takdelah nak mengeluh walaupun aku banyak kalilah tekan bell nak mintak macam-macam..

Baby pulak dijaga dengan baik dekat nursery..disebabkan sepanjang di hospital susu badan tak keluar walaupun baby dah banyak kali cuba hisap terpaksalah dibantu dengan susu formula.. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana..huhuhu.. Dekat hospital ini,..kalu kita request nak full bf taknak campur susu fm pun boleh je takde masalah...

Lepas bersalin aku tak terus balik rumah, suami suruh stay lagi satu malam sebab aku pun tak kuat lagi so doc datang masa hari nak balik tulah untuk check tuttt..nak tengok luka perineum camne tapi aku bila check satu jahitan dah terbuka maybe lasak sangat kot asyik begerak je..hehehe..

Aku bersalin sebelum zaman GST so kos taklah mahal sangat rasanyelah.. Total kos bersalin dalam RM 3K++ termasuk nursery baby.. Ikutkan RM2K++ tapi sebab akukan vacum kena cas RM900... Masa masuk kena deposit RM2K tapi sekarang taktau berapa kena pergi survey sendirilah..hihihi..

Itu sahaja pengalaman bersalin anak pertama.. Insha Allah perancangan nak tambah lagi sorang dah ada.. untuk yang kedua ni kena study banyak sikit pasal info dari awal mengandung sampai berpantang.. SANGAT PENTING YE!!! Aku dari mengandung sampai bersalin anak pertama memang tak berapa nak tau rasa rugi jugalah banyak miss benda yang sepatutnya aku buat tapi aku tak buat..huhuhu.. Lepas ni memang niat nak jaga kesihatan semasa mengandung dengan mengamalkan supplement dan cara hidup sihat dan nak pantang  betul-betul bagi badan sihat sepenuhnya serta paling paling penting ada niat nak fully bf untuk second baby nanti sebab masa Husna sempat sampai umur 8 bulan je lepastu dia dah taknak lagi tapi itu pun campur dengan susu fm daripada lahir lagi.. Doakan saya ye..=)))))


Tuesday, September 6, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Alhamdulillah...bulan ni September genap usia puteri sulung aku, Husna Nabilah berusia dua tahun. Da lama nak share moment bersalin anak pertama ni dengan pada ibu-ibu yang lain. Tapi asyik tangguh-tangguh sampai  anak nak masuk 2 tahun baru tergerak hati nak share..hehehe.. Moga masih kuat ingatan aku nak refresh balik pengalaman itu..hihihi.

Sepatutnya due aku 15 September 2014 tapi baby taknak keluar agaknya selesa dalam perut ibu. Last checkup, doc bagitau kalau takde tanda-tanda nak bersalin kena juga serah diri kat hospital..huhuhu.. Bila dengar doc cakap macam tu memang hati dah mula risau so lepas dari jumpa doc hari-hari aku rajinkan diri berjalan sampaikan last day sebelum nak ke hospital aku gagahkan diri jalan dekat Aeon Bandaraya Melaka berharapla esoknya keluar tanda tapi hampehhhh baby masih selesa dan tidak berganjak di dalam perut ibu..hehehe..

19 September 2014  dalam pukul 7 pagi, aku dengan suami bergerak ke hospital tapi sebelum tu sempat lagi merayau nak cari makan..kononnyelahhh tapi dekat setengah jam merayau satu kedai makan pun tak bukak lagi...kafe hospital pun sama je tak bukak...huhuhu.. Dalam 7.40 pagi terus ke labour room sebab doc dah siap-siap buat surat checkin kat sana... Sampai hospital pagi lagikan so lenganglah labour room tu, lepas masuk je nurse suruh salin baju..duduk kat atas katil.. Dah siapkan semua yang patut nurse bagi aku remote sukatilah nak tengok citer apa yang aku suka yelah bosan nak tunggu lama..hehehe..

Bab makan pulak, nurse bagitau tak boleh makan benda-benda berat so dia suggestkan order bubur je. Kalau nak bawak masuk makanan boleh je tapi jangan berat-berat. Dalam labour room hanya suami je yang dibenarkan masuk..sedara sepupu sepapat mak ayah tak boleh masuk ye..

Dalam jam 9 lebih pagi, doc masuk cek bukaan tapi 1 cm pun tak tebukak..!!! Sesi induce pun bermula doc masuk ubat kat bawah.. tapi sebelum tu nurse da pasang CTG..baby katanya tido kena gerak-gerakkan perut bukan aku buat tapi dia buatkan..hehehe.. Baik nurse tu tapi aku taktau nama sapa mekasih banyak-banyak ye kak..hihihi..

Dalam pukul 6 lebih, doc masuk sebab nak check balik kot-kot ada bukaan.. sempat jugak dia usik kitaorang laki bini kusyuk sangat tengok movie macam takde pape jadi.. Seriuously, lepas induce aku tak rasa sakit pun..pelik jugak selalu baca kat internet lepas induce ada yang sakit sampai nangis-nangis.. Oke, sambung balik dalam pukul 6 lebih doc check masih takde bukaan,,!!! Mase ni aku dah risau sebab doc cakap kalau takde bukaan atau bukaan tak banyak memang kena czer..huhuhu.. Nak nangis jugaklah masa ni.. Tapi yang bagus doc aku ni dia cakap macam gini, "takpe saya bagi awak masa sampai pukul 12 malam tengok bukaan macam mana kalau takde jugak esok pagi kena czer, sekarang ni awak buatlah apape cara supaya ada bukaan oke.." Doc ada bagitau pukul bape dah kena start puasa tapi dah lupe citer lamekan.. Lagi satu, doc takmo masuk ubat lagi untuk induce sebab doc cakap contraction aku dah makin kerap macam tulah takut rahim pecah kalau induce lagi....gitulah doc cakap seingat akulah.. Doc cakap mcm tu lepas dia monitor kat mesin CTG kot..

Lepas doc cakap buatlah apape pun asal ada jalan,..aku tak lengah terus tonggang satu botol Minyak Kelapa Dara Tanamera.. Hey,,alhamdulillah berhasil tau..!!! Dalam pukul 8 lebih doc masuk balik dia cakap bukaan dah 4 cm tapi aku memang tak sakit lagi masa tu.. Doc tanya minum apa sampai ada bukaan ..aku bagitau minum VCO..yang kelakarnya dia cakap kalau macam tu awak  minum lagi minyak tu..hahahaha. Suami aku cepat-cepat pergi beli lagi sebotol... Lepas dah ada bukaan nurse injet kat punggung dah lupa untuk apa..hihihi.. Yang pasti lepas injet bermulalah pengalaman sakit nak bersalin aku..!!!

Tak lama lepas injet, aku terus cirit-birit asyik nak pergi toilet je sampai aku tanya nurse kat kaunter ni effect injection yang kena tadi ke? Nurse bagitau bukan memang patutnya takde effect pape... Banyak kali jugaklah aku ke toilet dari kali pertama masuk aku kunci pintu sampai last skali tak kunci pun siap aku pesan kat suami kalau agak-agak dengar benda jatuh cepat-cepat masuk dalam toilet sebab aku memang dah tak larat sangat masa tu..air ketuban pun aku tak tau bile pecah..terukkan aku ni..hihihi..

Dahlah cirit lepas tu muntah pulak, nasiblah nurse tak marah..hehehe.. Sakitnya hanya Allah SWT je yang tau hingga aku dah tak boleh tahan mintak sedut gas konon boleh kurangkan rasa sakitlah.. Tapi tak jugak kurang sama je sakitnya so nasihat aku takpayahla nak sedut-sedut gas sebab kesakitan tu takkan berkurang pun.. Nurse kerap jugak masuk nak jenguk doc pula sibuk sebab malam tu dia kena hadap 4 orang lagi ibu nak bersalin..

Kalau tak silap dalam pukul 1 lebih, agaknya nurse dah tengok aku sakit sangat suami pun agaknya dah risau tengok aku macam ape ntah tahan sakit itu yang dia panggil nurse dekat kaunter.. Nurse tanya aku  tak tahan sakit sangat ke??? Doc tanya nak czer ke tak?? Aku memang tekad dari awal pregnant lagi memang nak normal kalau takde masalah so aku dalam sakit-sakit cakap takmo czer still boleh tahan lagi.. Cewahhh macam kuat je tapi thanks dekat suami yang banyak bagi sokongan moral walaupun dah kena tarik baju tarik rambut tetap bagi semangat dekat aku...!!

Aku masih ingat lagi, setiap beberapa minit mesti sakit yang amat sangat datang kire macam berkala gitu  makin nak dekat bersalin lagi dekat selang sakitnya.. Da penat menangis-nangis sebab sakit bile sakit hilang aku tido bile sakit datang aku terjaga nangis balik lepas tu tarik baju rambut suami..huhuhu..

Dalam tengah sakit, nurse masuk tanya awak sakit macam mana..??? Terus aku jerit saya nak berakkk..hahahaha... Ingat kena marah tapi nurse cakap oke berakle..hihihi.. Lepas dia cakap je macam tu doc pun masuk cek ntah apa dia cakap aku pun tak tau maybe dah mamai asyik sedut gas je..

Yang ni aku ade musykil sikit lepas aku cakap nak berak..dalam beberapa minit lepas tu terus aku tak rasa sakit...!!! Masa tu doc dengan nurse dah hadap aku.. katil pun dan macam citer transformer berubah tak tau ape yang dia tarik letak palang dekat kaki aku untuk mudahkan masa nak push agaknya tapi yang pasti aku masih lagi selasa dengan keadaan yang macam tu..

Lama jugaklah nak kuarkan anak sorang ni.. aku pun tak tau nak push macam mana dengan mamai lagi.. Suami aku cakap doc pun suara macam tegas dah sebab aku tak push kuat-kuat tapi masa tu orang cakap apu pun aku dah tak heran mamai punya pasal..hahaha.. Lepas dah push banyak kali, suami cakap nurse siap tunjuk kat suami yang rambut baby dah nampak just push lagi sikit je lagi.. Last skali,doc decide vacum je sebab aku pun dah takde tenaga lagi.. sekali dia vacum terus keluar baby..nangis kuat sangat.. Alhamdulillah lega bila baby dah keluar,, ingat lagi pukul 6.15 pagi.. Macam mane aku tau ea sebab jam memang ada kat dinding sebelah aku..hihhihi..

Baby dah siap bawak lari nak bersihkan dengan nak iqamatkan oleh ayahnya.. Allahuakbar, perasaan bercampur baur bila dengar suara baby menangis nyaring..suara baby aku je dalam labour room tu..hehehe.. Dah settle hal baby, suami masuk balik teman aku sebab doc nak jahit tuttt.. sempatlah jugak suami sembang dengan doc dah macam jahit baju pulak boleh sembang-sembang ea.. Rupanya doc jangka aku besalin dalam pukul 2-3 pagi tapi ketentuan Allah swt.. aku yang first checkin labour room aku jugak orang yang terakhir keluar labour room.. sempatlah jugak dengar ibu-ibu bilik lain besalin dah macam pasukan sorak pulak..hehehe..

Oke,.. dah panjang sangat citer aku ni nanti aku sambung next entry bile aku ditolak masuk ward pulak.. Sebelum lupa, aku bersalin dekat Hospital Pantai dengan Doktor Hanisah..=)))

Ni perkongsian aku semasa bersalin anak pertama.. Just nak share tips yang aku rasa boleh gunapakai pada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak terutama ibu-ibu yang pertama kali nak bersalin.. Memang tak dinafikan selalu dengar pasal bukaan lambat atau takde bukaan termasuklah aku lama nak tunggukan so atas pengalaman aku yang hampir-hampir nak diczer sebab bukaan yang teramat lambat,  ibu-ibu boleh try minum minyak kelapa dara Tanamera.. InshaAllah bukaan jadi cepat tanpa rasa sakit yang amat..!! Sebelum ni pun aku pernah google pasal minyak kelapa dara ni ada bagitau seelok-eloknya diamalkan bila usia kandungan 5 bulan dan bila nak odw ke hospital kire dah ada tanda nak bersalinlah boleh tonggang je sebotol terus.. Macam aku dah amalkan dari kandungan 5 bulan dan tonggang bile lepas induce..hihih.. Alhamdullillah berhasil, cadangan sahaja lain orang lain caranyakan..!!!



Inilah permata hati pengarang jantung ibu dan ayah...makin besar makin banyak akal budak kecik ni..hihihi



Tuesday, September 9, 2014

::rutin semasa mengandung::



Salam dan selamat tengahari...sementara nak tunggu mak siap masak bleala up satu lagi entri baru..hihihi... Jangan salah faham aku sebenarnyer da cuti 2 minggu awal so sementara somi pergi kerja memang dia suh duduk umah mak sebab aku pun tengah tunggu hari je ni risaulah dia jadi pape kat aku kalu duduk umah sorang2kannnn...lorat sangat...hehe..

Hari ni nak citer pasal rutin harian semasa mengandung.. Jangan salah faham ye rutin harian mase mengandung memang macam2 tapi aku kecikkan skop jadi rutin dari segi pemakanan tambahan... Selain daripada ubat yang doktor bagi..aku ade topup supplemen lain nak bagi tenaga dan inshaallah kebaikan pada ibu dan anak..:)

Haaa...nampak tak gambar kat atas tu..ni sume rutin aku pagi dan malam sejak mengandung.. Okey,..tipu tak semua sejak mengandung ade yang aku mula makan dari minggu ke 20....:p

Meh,..aku citer satu2 sebab akukan suke citer satu2 biar korang faham ape yang aku nak sampaikan...

1. Susu 
    Aku bukan jenis suka minum susu..kalu korang nak tau last aku minum susu mase tadika...!!! Haaa..cam tak cayekan tapi korang cayelah..mase skola dulu mak aku ade je bekalkan susu kotak Dutch Lady tapi haremmm memang aku tak minum pun..aku bagi kawan takpun aku bagi tong sampah jela...hehe..
      Tapi sejak mengandung..nurse memang dah pesan kena minum susu.. Citernyer,..aku laki bini gagahkan diri pergi beli susu dekat Family Store...Pilih punye pilih last2 aku beli susu Enfamama... Kakak aku awal2 da gtau jangan beli susu Anmum sebab boleh naek berat badan secara mendadak...dia cakapla sebab benda tu jadi kat dia...huhu..
      Mase mula2 minum memang da termuntah pun..huhu..bau jangan cakapla... kalu suh minum lagilah tak boleh so mase minum aku tutup hidung...tapiiii tak jalan jugak...huhuhu..
      Seminggu jugaklah aku tak minum susu tu..Lepas somi aku membebel baru nak try minum blek..tapi kali ni aku try minum dengan MILO.... Rasa ape..???? Serius aku gtau korang...sedap giler..First time tau aku ngaku minum susu dengan milo memang terbaikkk tapi milo kena lebihlaaaa...heheh..


2. Madu
    -Madu ni pulak aku minum mase kandungan dah masuk 8bulan... First madu aku beli dekat supermarket je.. Ye,memang betul xori pun...nama pun madu yang guna masa buat biskut Cornflakes Madu tu so memang rase pun dah tau..takpela dah beli minum jela..
      Madu yang kedua,..aku pesan kat ayah aku je sebab kebetulan dia hantar pelancong pergi Cameron Highlands..... Citernyer,..kalu pemandu pelancong ni.. memang tokey madu tu bagi harga murah dari besa sebab ayah aku dah bawak customer kat dia jadi mestilah ayah aku dapat harga murah berbanding orang yang datang beli sesaje tuuu...seb baik ada ayah..hihihi.. Aku pesan dua jenis madu..satu madu yang orang bela satu lagi madu liar yang orang asli jual.. Ayah aku cakap kalu mase cuti sekolah memang orang asli tu tekan harga kalu pergi hari bese harga ada murah sikit... Nampak orang asli pun dah pandai....hehe..


3. Tanamera VCO
    Minyak kelapa dara ni aku mula minum masa kandungan ke 20.. Aku sapu dekat perut nak kurangkan strechmark pastu masuk minggu ke 30..aku mula minum pagi petang kalu rajin aku minum tengahari sekali.. Aku guna produk Tanamera..
      Nape aku guna vco Tanamera..?? Citernya mase aku ziarah kawan baru bersalin anak pertama.. Dia citerlah mula mild contraction dalam pukul 5lebih pagi..sampai hospital dalam pukul 7pagi bukaan dah 6cm..dua jam lepas tu dah bersalin normal..dia gtau amalkan minum vco sejak kandungan 8bulan... Bila aku google testimoni pun citer yang sama..rupenyer matlamat produk ni nak bagi bakal2 ibu mudah bersalin dengan sedikit atau tanpa koyakan di kawasan perineum..baguskan nak2 bagi aku yang takde pengalaman ni memang bagi aku produk ni banyak membantu juga... 

Urutan PERINEUM..?? Yang ni memang aku tak buat..serammm owhhh..suh somi tolong pun dia tak berani takut aku sakit...hehe..so citernyer kite minum jelah vco...=p
      Selain tu,..aku beli satu set produk bersalin Tanamera harga rm335... Aku beli online je tapi yang vco da masuk 4 botol aku guna... Lagi satu aku guna massage oil...ni aku sapu mase malam sebelum tido...kaki dah bengkak macam belon so nak redakan sikit aku sapulah setiap malam memang berkesan..lenguh2 hilang..



Ni set produk aku beli mase tengah promo bulan pose kemarin... Beli dapat 2 botol vco... Memang jimatlah...hihi..akukan memang suka benda2 promo lagi murah nikan...heheh.. Dalam ni ade sertakan sekali manual penggunaan setiap produk so jangan risaulah kalu tak tau.. Kalu korang nak beli ni alamat fb dengan website Tanamera.sebarang pertanyaan staff diorang akan layan..




                      Facebook:      
                   Website : 


4. Ephyra
    Okey produk ni aku minum sejak kandungan 8 bulan... Ikutkan kandungan 5 bulan dah boleh minum tapi aku yang lambat tau pasal Ephyra ni tu yang mula minum lambat.... Citernyer,..mase mengandungkan memang letih so aku cari2 jugak produk ape yang boleh minum untuk bagi tenaga sekaligus boleh tambahkan susu badan bile bersalin nanti.. Lepas google....wat revision sikit bagi setiap produk so aku pilih Ephyra..:)
      Kalu orang tanya tak takut ke main minum je sebarang produk masa mengandung... Mule2 memang takut tapi lepas dah baca dan faham betul2 produk ni baru aku berani minum... Siyes,..ni masuk kotak kedua.. memang produk ni sangat OSEM..!!! Meh aku citer ape yang jadi bile dah minum masuk kotak kedua. :

  • rambut dah tak gugur kalu gugur pun setakat selai dua je tapi sangatlah jarang...
  • anak2 rambut mula tumbuh maksudnyer rambut aku rase lagi lebat dan lembut...somi aku pun   prasan tau...hehe..
  • parut2 dekat badan aku pun dah mula pudar paling penting strchmark kat perut tak tambah2  makin licin pulak rase tapi tanda strchmark adelah...
  • tumit kaki aku pun licin je lembut..kaki pun cantik je..
  • putih gebuss memang tak nampak lagilah maybe turun kat baby kot..heheh..
  • badan pun dah kurang letih
  • urusan ke toilet pun setiap hari memang mudah..orang mengandung ni faham2la sembelit tu memang bese...huhu..

Bile aku minum???

Mula2 beli aku minum waktu pagi tapi sebab pagi da banyak benda aku telan so aku tukar minum malam pulak... Setiap hari aku minum satu paket je..jimatlah sekotak ade 30 paket..!!

Harga??? 

Ni pun aku beli mase ada promo jual online jugak..heheh.. Harga asal rm197 tapi harga promo rm180....tapiiiikannnnn mase aku jalan2 dengan somi nak cari minyak telon baby..ntah macam mane agaknyer memang rezeki aku kot...aku jumpe kedai jamu yang macam Nadhira Shop jual ephyra dengan harga yang memang terlajak murahh...hehe.. Nak kate aku ni regular customer tak jugak..First time beli lagi tuuu beli kat kedai akak ni....nak lagi konfem aku tanye ni harga promo ke harga bese...???? Akak kedai tu cakap harga besa stok pun inshaallah sentiasa ada....!!!  Waaa...kann aku cakap aku memang suke kalu dapat harga promo atau murah2 ni...Lepas ni memang boleh teruslah consume ephyra..!!! Harga akak ni bagi memang kalu beli online.. dah jadi regular customer baru dapat kot harga murah camni....huhuhuh.. Stok bukan stok lame tau memang stok baru takyah nak risau dapat free shaker sekali..=)))))

Kat mane kedai akak ni....?????

Heeee...mestilah kat kawasan dekat2 dengan umah aku...

 Nak mintak tolong belikan...???

Alaaa..mintak maaflah ye bukan taknak tapi aku ni tengah tunggu hari je tak mampu nak wat macam2 keje...Inshaallah,..lepas pantang aku fikir2kan blek ye...Kalu jual pun aku bagi sama je macam harga akak tu bagi dekat aku... jangan risau ye...hehehe... Nanti lepas pantang aku review balik pasal produk ni ye korang...=)


Ni haa..produk ephyra yang aku minum..duta produk ni Memey.. Kalu nak cantik cam dia agak2 bape kotaklah kna minum ea...hehehe..

    
     Nilah sebab paling penting kenapa aku minum ephyra.. Jangan risau orang mengandung pun boleh minum takde pape masalah....:) Ehhhh...tak jual tau..ni pengalaman sebagai pengguna jela...hihi..

5. Kurma dan air kelapa muda

Okey,..ni pun aku amalkan..kurma setiap hari manakala air kelapa muda aku amalkan 2x seminggu.. Aku ada bace air kelapa muda ni boleh buang toksin dalam badan dan elakkan baby kena jaundis kalu kena pun mungkin sikit jelah kot... Alhamdullillah,..rumah aku pun tak jauh dari Coconut Shake Batu Berendam..so bile somi balik keje memang dia singgah situ jelah...


Sekian,..harap entri ni boleh bagi manfaat kepada bakal2 mummy kat luar sana ye... Kalu ada pape pertanyaan jangan segan2 nak tanye..kalu nak lagi cepat inbox je kat fb kadang2 tak prasan msj kat blog ni...huhuhu...




Wednesday, September 3, 2014

Stroller baby

Salam .....hari ni masuk hari kedua aku cuti....Memang sengaja minta cuti 2 minggu awal dari tarikh due sebab dah tak larat sangat nak turun naik tangga....sampai je kelas mencungap-cungap jadi atas nasihat kawan amikla cuti awal.... Tu pun mase hari merdeka dah rase sakit-sakit macam nak bersalin tapi tak keluar tanda je malas nak ke hospital maka duduk je umah rehat....huhuhu..

Okey...entry kali ni nak citer pasal stroller baby... Rancangnyer nak beli stroller dalam bulan 12 sebab masa tukan tengah sale jadi belilah sekaligus semua barang... Macam biase aku nikan gelojoh tak sabar-sabar nak beli bile benda dah suke ada depan mata...tak pasal-pasal terbeli jugak mase hari Isnin lepas...hehehe..

Stroller ni pun ade kisah tersendiri jugak...hihi.. Mula-mula aku engat nak beli stroller murah je yelah fungsi sama jekan...buat ape nak bazir-bazir tapi somi pulak cakap alang-alang dah beli biarlah baik sikit boleh tahan lama....

Aku nikan  pulak cepat terpengaruh dengan cakap orang termasuk somi sendiri... Okeylah..boleh terima somi punye cakap... Nak dijadikan citer stroller pertama yang aku tengok terus jatuh cinta....Stroller Maclaren Techno XLR...(kalu tak salahla namanyer) tapi harga pun cantik lepas diskaun dapat rm1599...cantikkan harga...hehehe...So...cuci mate jelah nak membeli memang taklah...huhu..

Lepas tu,...mase pergi jalan-jalan dekat shopping mall...Somi pulak dah suke dengan stroller SCR10... Cantiklah jugak harga pun berpatutan siap pakej ngan car seat sekali... Mase google dekat internet tengok blogger Irene Nadia pun belikan anak dia stroller yang sama...warna hitam memang cantik..!!

Taste aku dengan somi memang beza tapi last-last aku jenis setuju jugak dengan pilihan dia tak kesahlah dari segi ape pun...hihih.. Contohnyer aku suke stroller roda empat tapi somi tak suke pulak kate dia roda tiga lagi sporty.....ermmmm..baikkk layankan je..=p

Dalam bulan Julai kalu tak silap..kitaorang pergi expo baby dekat MITC pas2 jalan-jalan ternampak pulak stroller Halford Zuzz 4.....Menarik warna merah design pun hampir sama dengan SCR10.....Aku pun tak tau sape tiru sape...hihihi.....Harga pun tak mahal siap dengan car seat dalam rm9++.......kalu beli Halford..aku pun setuju jugaklah sebab kat Melaka ni tak nampak sangat orang pakai stroller ni kalu SCR10 memang melambaklah sebab senang nak cari...

Panjanglah pulak citernyer...hihih... Sambung lagi...bile dah masuk kandungan 9bulan ni...Selera pun dah bertukar tetiba je suke dekat Quinny....hahaha.....amekkk ko!!!!Selera mak buyong tak mau kalah.... Tapi faham-faham jela harga Quinny kalu tak riban-riban memang tak sah...so mase bagitau somi dia macam dah reject awal-awal lepas aku bagitau harga stroller tu.....walaupun hakikatnye dia pun berkenan dengan si Quinny ni....huhu.....nampaknyer takde jodohlah dengan si Quinnny maybe anak kedua nanti..jeng..jeng..jeng..!!

Ni,..citer hari Isnin lepas,..lepas balik dari open house kawan aku...kitaorang memang dah plan nak pergi survey stroller dekat kedai baby...nama kedai tu Yong Fong dekat Bachang betul-betul tepi jalan...kedai pun biasa-biasa je....

Mase sampai je dekat kedai tu,...aku dengan somi dah rambang mate sebab barang-barang baby dari A-Z semua ada jual dekat sini....Harga??....tak perlu dipertikaikan memang murah...maybelah jual online murah sikitlah tapi takde kepuasan sebab tak boleh tengok live!!... Sampai somi cakap kalu macam ni takyah pergi expo pun takpe...nampak tak!!...somi aku yang punyer cerewet boleh cakap camtu....hihih...

Kebetulan mase masuk je kedai tu nampak stroller Halford....siap dengan carseat dapat dalam rm950....Tetiba mate aku ternampak pulak stroller Maclaren Quest...heheh...tanye harga dalam rm799....murahkan....!!!... Somi tanye antie kedai tu antara Halford dengan Maclaren mane bagus.... Jawapannyer korang pun mestilah taukan....??? Antie tu cakap body Halford memang kuat tapi seat baby tak kukuh sangat so boleh tahan untuk budak sampai 4tahun lebih....berbanding dengan Maclaren memang tahan lasak budak da tadika pun boleh duduk....kate dialah.. Boleh terimalah cakap dia sebab aku pun penah bace satu blog ni..dia beli stroller Maclaren sampai anak dia besar pun tahan lagi...jimat ruang, ringan, senang nak lipat..

Lepas bincang-bincang dengan somi,...dia pun dah mule suke dekat si Maclaren ni....Ecececeh..tu pun lepas antie kedai tunjuk kelebihan-kelebihan Maclaren baru dia terima....mase istri dia cakap dulu takmo terima..hehehee...

Lame jugak fikir,..last-last kitaorang beli jugak sebab malas nak fikir...benda dah ade rempat jela...hihi.. Warna yang ade tinggal coffee/blue dengan mocha/grey je..yang lain dah abes...Aku suke black/champagne tapi dah abes....huhu.. Belek punye belek,..kitaorang pilih coffee/blue...!!!


Nampak tak..punyer gigih somi aku explore si Maclaren ni..hihihi..



Ni aku belanja lagi satu gambar...mak buyong duduk je perhati somi dia belek-belek stroller baby...siap tengok manual lagi tu..kalu akulah pasang siap terus pkai..takde manenyer nak tengok-tengok manual...kih3..


Tadaa...dah siap sume..next mission nak beli aksesori pulak.. Gatalkan mak dia ni...sibuk nak tambah aksesori pulak..=p




Ni empat warna pilihan yang sepatutnyer ade..tapi tinggal dua je jadinyer aku pilih yang biru tulah...



Okey,..ni yang aku cakap senang nak lipat..jimat ruang dan yang penting tahan lasak... Kisah yer,..sume tu somi aku yang buat..istri dia je yang sibuk kemain...hehe..


P/s : sekarang ni memang suke buat entry panjang-panjang...syok sendirilah plak... Sebelum tu nak mintak maaflah,..aku menaip bukan guna komputer...ni guna ipad so ade slow sikit... Orang kampung baru nak belajar guna benda-benda canggih ni memang huru-haralah jawabnyer...huhu..

Dekat sini aku nak share jugak..tempat-tempat jual barang-barang baby murah termasuk stroller..ni sume dekat fesbuk..pandai-pandailah korang google nanti ye..


1. Baby cottage
2. Stroller world
3. Kedai baby murah

Kalau dekat Melaka,...korang boleh tengok dalam booklet Explorer yang maen campak-campak dekat sume umah tu...Dalam booklet tu banyak iklan kedai baby yang murah-murah... Dekat bawah ni aku bagi gambar dua buah kedai baby yang ade dalam explorer...kat Melaka tau ni...yang Cutie Paradise aku tak pernah masuk lgi..


Ni kedai Yong Fong dekat Bachang..korang kalu pergi memang barang-barang banyak sume ade...harga pun tak mengecewakan...kedai je tak berapa nak cantik..hihihi..


Kedai yang satu ni aku tak pernah pergi lagi...nantilah lepas abes pantang aku pergi melawat kawasan pastu aku bagitau kat korang ye..

Okey,..harap entri nidapat membantu ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana..babaiii


Saturday, August 30, 2014

Nak bersalin dekat mane : swasta atau kerajaan ?

Salam kemerdekaan...hari ni nak citer pasal bersalin dekat mane..? Bile dah pregnant mesti bakal-bakal mummy teruja nk pilih tempat bersalin betul x..?

Samalah macam aku..tapi aku ni mase awal-awal pregnant je excited nak pilih besalin kat mane pas2 dah lupe..mase nak masuk minggu ke 20 baru terfikir balik nak besalin dekat mane...Eh3...boleh ea cam 2....hehehe..

Citernyer camni..mase dapat tau pregnant terus buat buku merah... Mase tu jugak terfikir cam nak bersalin dekat Hospital Pantai...tapi bile fikir-fikir balik dan bincang dengan suami...kami decided nak bersalin dekat Hospital Melaka jelah...sebab aku ni kakitangan kerajaan so kos perubatan free sebab ade GL je pun...

Ntah macam mane masuk minggu ke 18 rasenyer..mase borak-borak dengan kawan aku...akak ni first experience bersalin dekat GH tapi lepas insiden ape ntah terus dia beralih ke swasta je...Ye,..memang betul jangan dengar pengalaman orang sebab lain orang lain citernyer..

Tapi aku ni jenis yang senang je teringat2 citer orang...hehe..Last2,..bincang balik ngan suami dan lepas dikalkulatorkan bajet nak bersalin kat hospital swasta...baru suami setuju tapi tu pun lepas dengar sebab musabab aku nak g swasta..hehehe..

Tapikan...walaupun pilih bersalin dekat hospital swasta..aku tetap pergi checkup macam biasa dekat KK kire aku checkup dua tempatlah...

Nak dijadikan citer mase minggu ke 26....aku kna admit wad dekat GH sebab 2 hari kuar spotting warna coklat..engatkan kena tahan wad sehari je rupenyer 3 hari ....amekkk ko!!.... Orang tak pernah
masuk wad sekali kena masuk sampai tiga hari...mati kutu ko!!

Mase masuk wad tu macam2la pengalaman aku kutip..paling best knowledge pasal breastfeeding...suke betul aku dengar nurse pelatih 2 citer pasal penyusuan baby...rase tak sabola plak nak bf baby...hehehe... Tapi yang tak bestnyer aku kena masuk wad pukul 3 pagi....wad 3 extra bed lagi tu....kipas tak rase katil kecik je tepi tingkap berpeluh-peluh aku tido....sok tengahari baru dapat pindah kelas 1....pengalaman betullah seb aku ni bukan jenis suke komplen..aku anggap sume ni pengalaman..=) Alhamdullillah,..3 hari duduk hospital spot tak kuar lagi...

Lepas tu..mase minggu ke 34...pergi checkup dekat KK masa check jantung baby..nurse bagitau jantung baby laju so doktor suh pergi hospital wat CTG....dahla mase tu pukul 1 tengahari call suami kat tempat keje tak dapat....last2 mintak tolong adik hantar pergi GH....sampai dekat2 pukul 2...

Senang citer mase sampai dekat wad bersalin...makaaaiiiii penuh sangat..macam2 kes ada....huhuh... Mula2 sabarla jugak..lepas suami sampai dalam pukul 2 lebih terus aku suh call Doktor Hanisah...aku memang checkup dengan dia dekat Hospital Pantai...staff doktor 2 bagitau suh datang sebelum pukul 4petang...

Malangnyer,..mase aku bagitau nurse dekat kaunter nak pergi Pantai...dia macam tak bagi pastu persoalkan nape aku nak pergi sana siap doktor yang bertugas pun keluar tanye nape nak ke swasta... Aduiiii...dah ramai pesakit takkan aku nak tunggu lagi plus buat ape aku nak meramaikan lagi tempat tu kalu aku dah boleh pergi check dekat tempat lain betul x...huhuhu... Lepas bincang dengan suami ...kitaorang decided tunggu jela tapi nurse tu tak janji pukul berapa dapat check....huhu... Aku bagitau takpe tapi dalam kepale otak dah fikir paling lambat malamla kot dapat wat ctg...(ayat nak sedapkan ati..huhu)...

Korang nak tau pukul brape aku wat ctg....pukul 2pagi!!!!!!  Huaaaaaaa...sampai umah pkul 4lebih pagi....alasan mesin ctg xde dah bawak pergi mane nth so kena tunggu.. Bayangkan aku tunggu dari pukul 1lebih tengahari...pagi-pagi bute baru dapat wat ctg seb result okey jantung baby takde pape...

Macam biasa aku bukan jenis nak komplen ke nak merungut ke....aku anggap benda ni sume ade hikmah.... Kalau korang nak tau hari tu hampir 40 orang takde katil kena tido dekat wad bersalin bahagian luar sebab wad penuh..cian sangat nasib aku request takmo tahan wad..kalu kena tahan pun wad penuh mane nak tido....huhuh...

Sepanjang seharian aku duduk dekat wad bersalin tu siap dah tukar baju hospital kaler pink lagi....heheh.... Macam2 peristiwa yang aku tengok dengan mate aku sendiri...selama ni dengar je citer pasal hospital penuhla...itulah inilah tapiii hari tu semua yang aku dengar dan aku tak dengar aku nampak live depan aku.... Ape yang jadi???? Ermmmm..takyahla citer kot...hihih..

Aku tak salahkanla nurse dengan doktor kat situ..dah memang hospital tu tumpuan semua kalu service kureng kite sebagai pelanggan kenalah faham...huhuh..

Kalu tanya aku lepas ni nak pergi GH tak???? ....hehehe...jawapannyer memang takkklahhh...pape jadi memang aku bagitau somi direct terus ke Pantai..hihihi... Yang pasti walaupun penat menunggu sampai wat ctg pun tertido..tunggu report mase nak balik lame yang amat..aku tetap senyum cakap bebaik dengan nurse yang incharge sebab aku tau nurse tu pun penat gak....baik x aku..hihi..

Ade yang mengamuk????memang adelah sebab tak puas ati kena tunggu lama pastu dapat tau bini dia tak pasal2 kena tahan wad.... Bagi aku tindakan somi perempuan tu tak bijakla sebab nanti bini ko nak bersalin pun pergi tempat tu jugak jumpe nurse yang sama laenla ko ade alternatif lain nak bersalin dekat hospital lain....

P/s....entri ni panjang so jangan bosanlah ye nak bace nak2 takde gambar memang bosan tapi kalu nak tau pengalaman aku bacelah ye...=)





Friday, June 6, 2014

Neurogain dan Ganilia

Salam semua...

Before ni aku ada post pasal supplemen ibu mengandung yang aku ambil setiap hari.. ada jugak yang bertanya tentang kegunaan dan kebaikan dua jenis supplemen ni..

 Ye, betul....supplemen ni memang kite takkan dapat kalu pergi check up dekat Klinik Kesihatan (KK) sebab KK just bagi pil obimin yang warna pink je.. Aku faham klinik kerajaan nak supply ubat mahal2 mana mampu jadi dapat obimin pun kire dah bersyukur ada jugak supplemen untuk ibu mengandung.. Lebih2 lagi aku anak pertama taktau banyak benda pasal supplemen dan tak berani nak cuba supplemen yang ada kat pasaran hanya bergantung 100% supplemen yang nurse KK bagi setiap kali pergi checkup..

First time  aku jumpe Neurogain bile cikgu skola aku tunjuk pil yang dia dapat masa pergi check up dekat Hospital Mahkota..masa tu aku tak rase teruja pun nak tau pasal Neurogain sebab aku lagi percaya ape yang nurse bagi kat aku..hihihi..

Lepas aku pergi check up dekat Hospital Pantai masa kandungan 20 minggu,..doktor syorkan aku amik Neurogain untuk perkembangan otak baby..Ganilia pulak aku tak tau fungsi ape just makan je..ada doktor explain tapi aku cam dengar tak dengar je..=p

Rupanya Neurogain ni ada jual dekat Watson dan Gardians.. minggu lepas kuar dengan somi ada jugak survey2 supplemen ni sebab stok Neurogain dah nak abis..nak pergi beli dekat farmasi hospital macam leceh je tu yang try cari dekat luar....Untuk makluman,..harga dekat Watson dalam RM 58.++ tengok dekat Guardians baru RM 49.++ .... so lepas ni sape2 nak beli Neurogain bolehla beli dekat Guardians sebab setakat ni Guardians yang tawarkan harga paling murah..heheh.. Kalu beli dekat farmasi hospital lagi mahal kot dalam RM6+.++ . Ganilia pulak setakat ni tak jumpe kat luar..try jugak google mana tau ada jual kat mana2 farmasi tapi aku dapat tau Ganilia memang takde jual dekat luar kalu nak kena beli dekat farmasi hospital atau klinik2 tertentu sahaja..

Okey,..dekat bawah ni aku kongsikan kebaikan dan kegunaan Neurogain dan Ganilia yang aku ambil dari website  Mederis Sdn Bhd (pengeluar supplemen).. Oooppss..mintak maaflah ye sume bahan yang aku dapat ni dalam Bahasa Inggeris tapi tak susah nak faham pun.. Harap dapat membantu bakal2 ibu di luar sana...=)


NEUROGAIN



Neurogain® PB is a natural, customized, standardized, refined purified, high quality formulation of conditionally Essential Fatty Acids for Pregnant and Breast-feeding women. Now available in vegetable capsules made in Germany, Neurogain® PB is  DHA high, EPA low with AA and OA to help Pregnant and Breast-feeding women meet important pre and peri natal nutritional requirements in essential fatty acids. Neurogain® PB is scientifically formulated in line with international recommendations for essential fatty acids supplementation early in life.
 
Why a vegetable capsule ?
Unlike capsules from beef or pork materials, vegetable capsules (Vegicaps® Soft)* have a multicultural appeal while showing proven chemical and physical stability with low odor, taste and aftertaste.
The vegetable capsules provide excellent proection for oxygen sensitive essential fatty acids (DHA) ingredients.

Who needs NeuroGain® PB ?
  • Pregnant and Breast-feeding women
  • Pregnant women with a history of low birth weight babies, pre-term births
  • Frequent, multiple pregnancies
  • Pregnant women allergic to fish and eggs
  • Poor, unbalanced maternal diet
When is the best time to take NeuroGain® PB ?
At meal time for better absorption and compliance. When eating, the fats in the meal will improve the absorption of Neurogain® PB essential fatty acids like DHA in the body.
 
Is it safe to use NeuroGain® PB ?
Yes, NeuroGain® PB is a natural DHA supplement of EFAs. The EPA level is low in line with WHO and ISSFAL recommendations for DHA supplementation at an early stage of life. NeuroGain® PB is not a drug.
 
Why is NeuroGain® PB free of Evening Primrose Oil (EPO) ?
EPO, Borage oil, and possibly other substances containing GLA, should not be used during pregnancy because they may be harmful to the fetus and induce labor.
 
How about the cleanliness of the finished product ?
NeuroGain® PB is manufactured under the highest international standards for quality and safety for EFAs. In order to minimize the risk of contamination, NeuroGain® PB is controlled and molecularly distilled to systematically remove PCB's and DDT's. Heavy metals are removed by going through an absorption column. At the end, varied tests will check the low level of peroxidation and the removal of pollutants.
 
What are the best storage conditions for NeuroGain® PB ?
Store at room temperature in a cool and dry place.



GANILIA



WHAT IS GANILIA®?
 
Ganilia® with Microencapsulated Iron is an innovative and comprehensive formulation scientifically developed for pregnant and breast-feeding women in line with international guidelines and with a focus on what is usually most needed during pregnancy & lactation. Ganilia® helps by providing you with the minimum daily requirements of the main vitamins, minerals and DHA that may be lacking in your diet.
Ganilia® is the result of more than 10 years of research in the specific nutritional requirements during pregnancy and lactation. It contains a balanced combination of 15 essential vitamins, minerals and DHA developed with you and your baby in mind.

Each
Ganilia® softgel capsule is made in Germany and you can be rest assured that you and your baby are receiving the proper nutritional help you both need.
 
WHO NEEDS GANILIA® ?
- Pregnant and breast-feeding women especially pregnant women with rigid dieting, unbalanced diet, eating disorders
-  Pregnant women with extreme weights (either too thin or overweight)
-  Closely spaced or multiple pregnancies
-  Young maternal age
-  Diabetes, anemia, gastro-intestinal disorders


WHY “MICRO-ENCAPSULATED” IRON IN GANILIA®?
Maternal iron is needed during pregnancy to develop fetal blood cells and for the pregnant woman herself. “Maternal iron deficiency is associated with increased risk of pre-term delivery and subsequent low birth weight”.

Common iron supplementation may be associated with a metallic taste in the mouth, constipation and other gastro-intestinal disturbances like “stomach upset”. In addition, iron is a potent oxidant best taken individually. When in direct contact with DHA and other oxygen sensitive vitamins, iron will damage them.

Ganilia® iron is isolated in a “microcapsule” to protect the other vitamins and especially DHA from oxidation. In addition, with a slow release in the digestive tract, Ganilia®
iron is better absorbed in the body and the other side effects from common iron supplementation are further reduced.




# Walau macam mana baik sekali pun setiap supplemen pastikan korang dapatkan pandangan dan nasihat doktor terlebih dahulu..jangan main beli je takut jadi apape nanti diri sendiri yang susah.. Setiap individu mempunyai keperluan dan masalah yang berbeza-beza...Ingat ye,..tanye doktor dulu sebelum makan apape supplemen..=)


Thursday, June 5, 2014

....serba-serbi pasal kahwin.....

Salam..sambung balik pasal citer kahwin.. Entry kali ni aku nak rangkumkan sume skali pasal majlis kahwin aku bulan November lepas.. Ada yang boring..???..hehehe..janganlah boring ni sekadar perkongsian dan untuk aku kalu agak2 dah lupe boleh bukak balik post2 pasal kawen yang lepas2 ye tak..hihihi..

Macam biasa..aku lagi suka citer ikut nombor kalu hal2 yang macam gini senang nak faham dari buat karangan berjela2 tapi takde perenggan..susah nak baca dan faham..  Sebenarnya nak prepare majlis kahwin ni bukan mak ayah je yang busy tapi kite sebagai pengantin lagi 10x busy nak fikir macam2 perkara..bak kata mak akulah nanti mak yang pilih ko cakap tak canteklah tak sesuailah..hehehe.. Baekk makk memahami kehendak hati anaknyer...=D  Jom, mula dari nombor 1 jangan malas2 ye terutamanya kepada bakal2 pengantin tak rugi pun kalu baca lebih2 lagi yang edisi kawen bajet cam makencik niiii..hihihi..

1. MAJLIS NIKAH
 
Untuk majlis nikah ni,,vanue di surau taman perumahan aku je tak jauh dari rumah.. Mula2, engat nak buat kat masjid taman sebelah.. MOTIF??.. suasana masjid lagi cantik kalu nak amek gambar..hihi.. Tapi ayah aku cakap susah laen2 kariyah.... lagi baik buat kat surau je dekat pun dekat tak menyusahkan orang..huhuh..Baekk ayah..sedihnyer tapi ikutkan jugak..terus terpadam angan2 nak nikah kat masjid.. Aku nikah lepas semayang Jumaat dalam pukul 3 petang jugak mulanyer..sekali lafaz je tauuu...hihih...aminnnn..

 Moment akad nikah..ayah aku yang nikahkan..hehehe.. Agaknyer kalu toreh muke tu tak kuar darah kot nerves punye pasal..kih3..

Doorgift untuk majlis nikah..?.. NON HADO....hahaha..teruk tak aku.. Lepas nikah,,..ambil gambar dalam surau lepas tu terus gerak pegi dekat pelamin sambung amik gambar.. Tetamu jemputan pegi makan memang ada sediakan makanan untuk orang sebelah..

2. MAKEUP

Sebelum ni aku ada gitau makeup aku pakai freelance luarkan.. Ye,..tak amik pun pakej makeup dengan butik andaman.. Sebenarnya,..akak ni memang dah makeupkan aku since bertunang lagi.. Aku kenal akak ni masa beli barang dekat Sendayu Tinggi Bukit Baru.. dia keje kat sana.. sebelum ni dia makeup kat dalam studio je tapi aku yang paksa dia datang umah makeupkan aku masa tunang..hehehe.. Puas hati dengan makeup dia terus aku booking untuk majlis kawen aku..  Harga?..aku tak pasti pulak sekarang cas dia berapa tapi rasanyer tak sampai RM3++ ....Siyes,..makeup dia memang cantik,..harga berpatutan,..paling penting perempuan...!!

Masa bertandang,.. aku makeup dekat butik je sebab Pak Mus cakap senang sume kelengkapan ada dekat butik.. Okey,..malas nak panjang citer aku ikutkan jelah..yang makeupkan aku LELAKI tapi bukan pondan tau..hihi.. Dia makeup pun cantik sampai nak tertido aku..hasil memang tiptop.. !!! Makeup ni termasuk dalam pakej perkahwinan belah lelaki so aku tak taulah sekali makeup dia cas berapa..?? Ni aku bagi link fesbuk bagi MUA belah lelaki..yang perempuan tak berani nak bagi lorr tapi kalu korang nak nombor akak tu korang boleh pm aku ye..=)



3. INAI/HENNA

Sepasang dalam RM100... tapi nak lagi kreatif rasanyer ada penambahan harga... Inai kat tangan dengan kaki aku ni kawan yang pakaikan..taklah cantik sangat tapi puas hatilah jugak.. Yang tak bestnyer,..pakai inai yang tumbuk 2 letak dekat jari nth kenapa tak pekat2 last2 pakai inai dalam tiub je letak kat jari kaki tangan sekali... Harga.??...free je tak kene bayar pun...maceh bff..hihi..

Ni ukiran inai bff buat..bese2 je tapi nak siapkan sampai pkul 1 pagi..termasuk inai kat jari sebabnyer inai tak merah2..huhu.. Tu yang pakai inai tiub je beli dekat Jalan Bendahara @ Little India Melaka


4. KOMPANG

Ni pun satu hal jugak..nyaris majlis umah aku pakai kompang record je..huhu.. Citernyer dah tempah awal tapi pasal ape nth terpaksa cancel last minute... Kelam kabut jugaklah akak ngan ayah cari kompang lain.. call banyak tempat tapi dah penuh.. Nasib baik dapat jugak kompang kawan ayah... Pakcik tu gitau malam berinai memang free just Sabtu je ada 1umah so takmo panjang citer aku gitau berarak dalam pukul 12.30tgh sebab lepas tu diorang nak pergi majlis umah lain pulak...

# Tips untuk bakal pengantin yang dah booking kompang awal2,..makesure korang followup balik dengan owner pasukan kompang ni.. takut jugak dia lupa tarikh ke dah tertindih masa dengan umah lain ke..kite tak tau tapi nasihat aku followup baliklah.. Ingatkan bila majlis akan berlangsung dan paling penting bagi alamat umah takut diaorang sesat pulak...hehehhe..

5. DEEJAY/PA SYSTEM

Macam kompang..deejay pun kena booking awal..nampak simplekan tapi takde 'orang penting' ni memang suram majlis kahwin silap2 pasang radio sendiri jelah...huhu.. Masa aku sume booking awal tahun.. guna deejay yang sama masa akak aku kawen dulu..

Belah somi,..tak susah sangat sebab pakai katering so deejay dah masuk sekali dalam pakej.. senangkan tak yah pening2 kepala..!!1

6. HANTARAN

Hantaran masa tunang aku beli barang then aku hantar  dekat kedai depan dengan TONGHUP.. Kedai tu buruk je tapi hasil tangan akak ni memang super powerlah.. Akak ni nama dia Norisa kalu tak salah..memang baik ko cakap je nak camne nanti dia boleh gubahkan.. Kedai ni juga sediakan khidmat sewaan hantaran..jangan risau sebab walaupun sewa dia akan gubah ikut kehendak pelanggan..harga pun berpatutan sangat..!!! Maybe sebab kedai dia sewa tak mahal sebab tulah kot dia boleh amik upah hantaran tak mahal sangat..aku ada gak servey tempat lain sedulang ada yang sampai cecah rm1++..mahaiiii..

Lepas tunang aku try survey kat Jasin sebab kawan aku cakap ada yang lagi murah sedulang dalam RM20.. haaaa..amekkk ko murah giler.. kedai ni pun jenis sewakan hantaran.. Dah pergi tapi rupanya hantaran sume dah siap deco tak boleh ubah ko just letak barang je kat dalam tu.. Ermmmm,..patutlah murah je.. tak bestlah kalu 10 orang guna dulang hantaran yang sama design..

Nak dijadikan citer masa pergi beli barang kawen dekat Ayer Hitam, Johor.. jumpe satu kedai perkahwinan yang tawarkan harga 7dulang tak sampai rm300..siap deco dalam bekas ada kaki lagi tu.. Disebabkan aku tak bawak barang-barang hantaran kecuali bekas jam je ada pada aku so aku suh dia deco bekas hantaran kosong je tapi aku suh wat 8 dulang termasuk sirih junjung..kena cas RM350.. Isi dalam bekas hantaran pulak aku mintak bff yang tolong gubahkan..nak suh aku gubah memang ke lautlah jawabnyer..hehehe..

 Warna biru tu hantaran belah aku..tak nampak sangatkan..gambar lain takde maap..

7. KAD KAWEN

Okey..kad kawen pulak aku tak survey merata macam butik pengantin..aku pergi dekat pameran pengantin survey yang ada kat dalam tu je.. Sume cantik2 dengan macam2 harga..ada yang siap bagi FOC macam2 sampai kadang2 aku terfikir harga kad yang ditawarkan macam termasuk sekali harga gift yang diorang bagi pulak..hihiihi.. Mane taknyer offer sampai 10 free gift tapi harga kad tak masuk akal..haisshh..

Aku terus booking masa tu jugak untuk kad kawen sebab dah jumpe yang berkenan di hati..hihi.. Aku pilih galeri kad kawen ZR.. Sebab ape? Lepas buat kira2 dengan somi (masa tu tunanglah)..kad kawen ZR ni aku rasa yang paling murah.. Kitaorang pilih kad kawen yang lipat dua.. sekeping jatuh dalam xsampai RM0.30.. murahkannnn.? Tapi ada syarat nak tempat mesti kuantiti 1000 keping, 2000 keping.. tak boleh separuh macam 500 ratus..

>Jadi aku tempah untuk 1000 keping dapat free gift 1000 tq tag,..1 banner, 2 penunjuk arah..=)


#Tips seterusnya..nak tempah kad kawen pergi terus masa pameran sebab nanti dapat macam2 free gift.. harga memang dorang tak boleh bagi murah tapi korang kena pandai pilih.. Macam aku pilih kad kawen ZR pastu dapat freegift TQ TAG, PENUNJUK ARAH + BANNER.. masa kad kawen siap nak tau tak dorang lebihkan kad 2 dalam 2++ keping..banyakkan.. Harga sekeping kad kawen termasuk harga sampul tapi aku tambah tulisan kad depan so kena topup dalam RM50.... Kawan aku pun buat tempat yang sama tapi dia terus pergi kedai so dapat buat kad jelah takde free gift... Nampak untung tak booking awal2 kat pameran pengantin..!!

 ..Ni contoh kad kawen aku lipat dua..

8. DOORGIFT

Doorgift punye gambar takde....aku citer serba ringkas jelah ea.. Belah aku,..ada dua jenis doorgift dengan saiz kotak yang berbeza..

a. tetamu jemputan - kotak kecil putih (MINERAL WATER + SWISSROLL + MINI NIPS)

b. kenalan rapat dan orang sebelah - kotak besar silver (MINERAL WATER+SWISSROLL+MINI 
   NIPS+ REMPEYEK)

 Kotak putih ni yang aku guna beli dekat kedai jual barang2 buat kek dekat2 dengan Stadium Melawati Shah Alam.. (ihsan gambar google)


 Dah siap sebijik cam dalam gambar ni..hehehe..

Kotak silver pulak cam dalam gambar ni yang hujung belah kiri (ihsan gambar google)

 Hasil tangkapan..cari punye cari jumpe gaklah gambar doorgift orang sebelah..teruk aku ni..hihi.. Untuk sume doorgift tengah2 aku tampal TQ Tag..


Air botol kecik 2 aku isi dalam kotak doorgift..yang besar pulak letak atas meja tetamu.. Ayah aku beli dekat kilang Sea Master, Balakong.. Kalu korang ada pengangkutan nak ke sana better beli kat sanalah memang murah yang amat.. Aku yang request nak air botol kecil comeyy tu..yang bese2 orang pakai mineral cup jekan..ngadakan..=p

Nips beli dekat Pasaraya Cowboy tapi yang kecik2 + swissroll beli dekat Family Store Batu Berendam (orang Melaka kalu nak beli borong pergilah dua tempat ni memang berbaloi-baloi)

Last skali..REMPEYEK disponsor oleh maklong aku..hehehe.. Pada sape2 nak order boleh direct terus ke fesbuk anak dia... Terbaekk rempeyek ni baru letak atas meja dah abes terpaksa topup banyak2 kali..aku pun boleh abes sebalang kalu hadap je benda makan ni tau...!!





9. FOTOGRAFER

Fotografer adalah perkara paling mahal selepas mak andam betul x..? Nak nangis jugaklah tengok quotation beberapa fotografer yang sempat aku survey ada yang sampai cecah 4k.. huhu..

So,.takmo pening2 kepala aku amik fotografer yang sama dengan akak aku kawen dulu..untuk 4 events termasuk belah somi dalam RM2K++ ....hasil memang puas hati jugak...hihi..


# Ini pun sama buat followup kena ingatkan balik cameramen tarikh majlis takut dia lupa..lagi bagus bagi kad sekali sebab dia nak datang camne kalu tak tengok map..=p


= photobooth,centerpiece, segala bagai yang kreatif2 sume aku tak buat pun tak sempat nak fikir just buat yang penting2 je.. Tapi kalu jenis yang rajin dan kreatif tak salah pun kalu nak buat sume ni lagi best rasanya majlis tu nanti.. Yang penting lepas majlis selesai je aku dah lega..hehehe..



Itu jelah kot.. pasal kahwin yang boleh aku share dengan korang.. harap dapat membantu bakal2 pengantin dekat luar sana..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...