Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Thursday, September 8, 2016

Pengalaman bersalin anak pertama Part 2

Salam sambung balik pengalaman bersalin anak pertama yang mana dah hampir setahun berlalu baru nak citer..hehehe.. Lepas dah siap jahit aku dibiarkan berehat tak pasti berapa lama tapi taklah lama sangat sambil tu aku sempatlah mintah suami buatkan teh Tanamera sebab tekak dah haus.. Sebenarnya sebelum sakit yang amat masa nak bersalin sempatlah aku main mesej dengan kawan sekerja aku, Kak Hane macam-macamlah kitaorang citer macam takde pape pulakkan..hihihi.. Ingat lagi orang terakhir yang mesej aku kawan satu tempat kerja jugak, Izati tapi aku tak reply pun mesej dia sebab dah mula sakit-sakit.. Lepas bersalin baru aku reply mesej kawan-kawan aku.. tak tau dari mana dapat tenaga lepas bersalin memang tak rasa lemah lembik..elok je aku bejaga tak tido..!!!

Masa dah tolak ke dalam ward..memang dah polisi hospital agaknya... adalah sorang nurse yang bertugas ni macam tak boleh nak lepaskan aku buat pape sorang-sorang..kalau boleh semua dia nak buatkan.. Alkisah, lepas tolak ke dalam ward, cirit-birit kembali menyerang..hahahah... Boleh stop pastu continue balik ea...hihihi.. Aku dipimpin masuk ke dalam toilet tapi yang tak best nurse ni nak tunggu aku dalam toilet takut pape jadi maksudnya dia mengadap aku nak memerut...!!! Baik sangatkan tapi dah aku pulak tak selese tak penah dalam hidup aku tengah berak ada orang kat depan....hahahahahah.. Jenuh jugaklah aku nak yakinkan dia aku oke just tunggu depan pintu toilet pun cukup kalau nak pape aku panggil je.. Nasib baik nurse tu faham.. Lagi satu aku bersyukur sangat masa awal bersalin aku tak kena sembelit mungkin disebabkan cirit tu yang tak rasa sakit nak memerut..semua berjalan lancar je..=D

Secara keseluruhannya,..service memang tiptop walaupun aku duduk dekat wad empat katil..masa mula-mula daftar ada ditanya samaada aku nak wad sorang ke  atau yang dua katil.. Aku jenis tak kisah sangat so aku decide nak wad biasa jelah.. Tapi kalau dimurahkan rezeki dapat bersalin untuk kali ke dua dekat Hospital Pantai,..aku pilih yang dua katil kot sebab empat katil satu wad macam crowded sangat mana taknya dengan sedara mara patient katil sebelah dah macam tak ingat nak balik pastu pasang movie sekuat-kuat tidak tak hormat orang katil sebelah..taulah ko duduk tu berbayar tapi adab jagalah sikit!!! Nape tak amik yang single je..hihihi.. suami aku tak bagi sebab dia cakap aku sorang je takut nanti aku yang penakut tinggal sorang-sorang..ngadekan..hehehe..

Nurse pun oke,..dari dalam labour room diorang yang bersih dan tukarkan baju aku kire daripada kepala sampai ke kaki sume dibantu termasuk nak bersihkan bahagian tuttt.. Masa dalam wad pun sama nurse yang buatkan kecualilah nak tukar baju kena buat sendiri melainkan memang kita request nak mintak nurse tolong.. Lagi satu tekan bell je diorang akan datang membantu takdelah nak mengeluh walaupun aku banyak kalilah tekan bell nak mintak macam-macam..

Baby pulak dijaga dengan baik dekat nursery..disebabkan sepanjang di hospital susu badan tak keluar walaupun baby dah banyak kali cuba hisap terpaksalah dibantu dengan susu formula.. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana..huhuhu.. Dekat hospital ini,..kalu kita request nak full bf taknak campur susu fm pun boleh je takde masalah...

Lepas bersalin aku tak terus balik rumah, suami suruh stay lagi satu malam sebab aku pun tak kuat lagi so doc datang masa hari nak balik tulah untuk check tuttt..nak tengok luka perineum camne tapi aku bila check satu jahitan dah terbuka maybe lasak sangat kot asyik begerak je..hehehe..

Aku bersalin sebelum zaman GST so kos taklah mahal sangat rasanyelah.. Total kos bersalin dalam RM 3K++ termasuk nursery baby.. Ikutkan RM2K++ tapi sebab akukan vacum kena cas RM900... Masa masuk kena deposit RM2K tapi sekarang taktau berapa kena pergi survey sendirilah..hihihi..

Itu sahaja pengalaman bersalin anak pertama.. Insha Allah perancangan nak tambah lagi sorang dah ada.. untuk yang kedua ni kena study banyak sikit pasal info dari awal mengandung sampai berpantang.. SANGAT PENTING YE!!! Aku dari mengandung sampai bersalin anak pertama memang tak berapa nak tau rasa rugi jugalah banyak miss benda yang sepatutnya aku buat tapi aku tak buat..huhuhu.. Lepas ni memang niat nak jaga kesihatan semasa mengandung dengan mengamalkan supplement dan cara hidup sihat dan nak pantang  betul-betul bagi badan sihat sepenuhnya serta paling paling penting ada niat nak fully bf untuk second baby nanti sebab masa Husna sempat sampai umur 8 bulan je lepastu dia dah taknak lagi tapi itu pun campur dengan susu fm daripada lahir lagi.. Doakan saya ye..=)))))


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...