Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Tuesday, March 12, 2013

AKU,PRODUK KECANTIKAN DAN KESANNYA

Okey nak citer pasal produk kecantikan yang pernah aku gunakan mula dari aku kenal makna 'KECANTIKAN'... Sebelum tu, nak bagitau apa yang aku tulis ni bukan untuk memburukkan produk tersebut tapi aku tulis berdasarkan pengalaman aku menggunakan produk tersebut. Mungkin kesannya berbeza bagi setiap orang yang menggunakannya..

Sehingga umur aku 26 tahun pada tahun 2013 ni memang dah bermacam produk skincare dan produk dalaman yang aku gunakan.. Ada antaranya yang baik dan ada juga sebaliknya tapi yang aku tulis ni mana produk yang aku ingat jelah yang tak ingat camne nak tuliskan...hehe..

1. EVERSOFT
 
Haaa....ni produk pencuci muka yang aku pakai zaman berzaman tapi pencuci muka jelah..Sebab apa aku pakai pencuci muka ni...sebabnya mak aku yang beli tiap-tiap bulan..hehe... Nak beli lain takde duit pas2 belum tahu okey ke tak kat muka aku...
Sepanjang aku gunakan pencuci muka Eversoft alhamdullilah takde apape kesan buruk kat muka jerawat dan sewaktu dengannya tak muncul pun kat muka.. Senang citer produk ni memang berkesan kat muka aku dan sampai dah keje pun kalu pencuci muka aku dah habes aku akan gunakan pencuci muka eversoft mak punya...hehe..

2. OLAY TOTAL EFFECT

Produk ni aku guna pencuci muka dengan krim je 'moisturiser' tapi aku pakai tak lama dan tak habes....Sebabnya tak sesuai dengan kulit aku..tak tau kenapa sejak pakai Olay jerawat dua tiga biji akan keluar dengan tak malunya kat muka ni.. So, kesimpulannya memang aku tak pakaila produk ni sebab tak sesuai..takut gak makin pakai makin teruk muka pulak..Last2 bawak balik bagi mak ngan adik pakai..

p/s...aku je tak sesuai pakai Olay ni tapi akak ngan adik aku takde masalah pakai Olay dan untuk pengetahuan akak aku adalah pengguna Olay sejak lebih 10 tahun..dasyatkan dah boleh jadi testimoni pulak...hehe..

3. NATASYA SKINCARE

Aku beli sebab nak nampak cantik.. mula-mula pakai memang pedih tapi muka jadi putih.. Sebab tak tahan aku pun berhenti pakai. Jangkamasa pakai dalam sebulan je.. kesan memang ada tapi muka sakit sikitla mungkin sebab produk ni menghakis kot..
Lepas aku berhenti dalam jangkamasa yang lama, aku try blek pakai produk ni tp sedihnya langsung tak berkesan kat muka aku lagi.. Cam bese terus masuk tong sampah setelah sekian lama didisplay kat atas rak...huhu..

4. SAFI BALQIS

Sebut pasal Safi Balqis mesti dah ramai yang guna produk nikan untuk mendapat kulit yang halus, mulus dan putih.. aku pun dah guna produk ni since aku sekolah menengah lagi tapi yang tutup botol warna hijau.. Honestly,..aku memang dah banned produk ni sebab aku ada bad experience dengan produk Safi Balqis tutup warna BIRU sahaja bukan yang HIJAU..huhuhu..

Camne boleh jadi camni....type kulit aku ialah oily and sedikit saja jerawat xbanyak pun tapi masa dekat maktab ramai sangat pakai produk ni dan jadi cerah terus aku pun terpengaruh.. Nak dijadikan cerita aku terus beli 1 set produk ni tutup warna biru.. Seminggu pakai terus naik jerawat memang pelik tapi teruskan jugak sebab ingat ni hanya sementara waktu je tapi lepas diteruskan buat minggu yang kedua...Ya Allah..kulit aku makin teruk..! Aku terus stop produk ni tapi kesannya muka aku berjerawat keras-keras,,banyak satu muka dan bernanah...huhu... Pergi jumpa doktor dan doktor cakap ni bukan jerawat biasa tapi radang kulit... Huaaaaa,...nangis aku dengar...masa tu memang down giler2..malu nak face orang ramai..

Lama gakla aku suffer benda ni..pergi macam-macam klinik dengan hospital tapi tak baik jugak.. Last skali aku jumpa klinik kulit ape ntah namanya kat Jalan Ong Kim Wee....beransur-ansur pulih tpi tu pun aku guna Proaktif baru gi klinik... Kesan daripada penggunaan ubat doktor..kulit aku menjadi hitam kusam memang tak cantik..lama gile kulit aku macam tu sampai abes maktab.. Boleh bayangkan tak,..nightmarekan...huhu..

So, pesanan aku kepada yang nak menggunakan produk ni hati-hati pastikan kulit anda betul2 sesuai dengan produk Safi..jangan jadi macam aku pulak.. cuma yang Safi tutup hijau okey kot..tak penah pulak cuba lepas kejadian ni..memang tak berani pun nak cuba lagi..

5. PROAKTIF

Aku kenal dengan produk ni dengan kawan aku Gee,..dia pakai sebab dulu muka pun teruk..lepas risik-risik dia cakap beli produk ni dekat Sinma.. Banyak gakla soalan aku tanya before beli Proaktif.. Da faham and confident level agak tinggi terus aku beli produk ni.. Alhamdulillah, lepas pakai satu set produk ni kulit aku beransur baik tapi sebab mahal sekali je pakai terus gi klinik kulit..

Tapi kulit aku tak baik sepenuhnya sebab tetiba jadi simptom dia naik banyak jerawat tapi tak seteruk dulula... lepas aku stop ubat klinik sebab muka dah jadi hitam kusam..aku try guna blek Proaktif tapi macam takde kesan lagi kat muka..huhu..Last2,,pakai pun tak habis gak..

6. PUTERI REMBULAN

Aku pakai produk ni sebelum muka jadi radang kulit.. Apa yang boleh aku katakan pada produk ni aku hanya suka pakai krim muka je..yang lain-lain tak berapa nak sukelah tak tau kenapa..hihi.. Krim warna kuning kalau tak salah.. Kesan kat muka..ermmm..biasa-biasa jelah...

7. TIA AMELIA

Pernah pakai jugak produk ni tapi tak engat sangatla kesan kat muka aku..rasanya ada kesan tapi tak banyakla.. Tapi kawan-kawan dan cikgu skola masa praktikum pakai memang berkesan sebab muka jadi halus dan putih.. yang pasti ada kawan bagitau produk ni dah jadi produk yang dilarang pakai sebab ada kesan sampingan.. Tak taula betul ke tak kalu nak tau citer tryla google sendiri...hehe.. Lagi 1 sabun produk ni agak pedih sedikit bila digunakan dimuka kadang-kadang tak tahan jugak bile guna kat muka aku..

8. SF BEAUTY

Aku kenal produk ni dari kawan sekolah aku.. Mula-mula pakai sebab nak hilangkan jerawat tapi tak sangka pula niat nak hilangkan jerawat terus merawat kulit muka aku yang kusam.. Seriously,..produk ni memang berkesan selain menghilangkan jerawat dan jeragat ianya mampu untuk mencerahkan kulit..

Mula-mula pakai memang oily sikit tapi takpe sume tu hanya sementara sahaja.. Sampai sekarang aku pakai SF Beauty tak tukar pun produk lain sebab dah serasi..

Dulu ada gakla try jual kat dalam blog tapi sebab susah nak dapat stok produk ni terus aku stop jual.. Masalahnya blog yang aku create nak jual produk ni tak boleh nak ditutup sebab lupe password.. dah satu hal plak timbul orang asyik mesej-mesej nak beli.... Minta maaf banyak-banyak takmo tanggung risiko jual produk takde dalam tangan.. kalu nak dapatkan advise pasal produk ni dipersilakan aku tak lokek nak sharing..=) Sapa-sapa yang nak beli produk ni boleh cari kat facebook...dah ramai yang jual jadi takde masalah pada yang nak membeli..

p/s : highly recomanded pakai produk SF Beauty dengan Berrygen Tupperware memang meletup..!!! Kesan lagi cepat dan hebat.. Tapi sekarang Berrygen dah upgrade dengan tambah gluthathione dan stem apple yang mana kulit aku memang alah pada glutha..So sekarang ni hanya maintain SF Beauty dan pasal makanan dalaman selalu tukar-tukar..

9. GLUTHA WHITE DAN MINUMAN COLLAGEN YANG ADA DI PASARAN

Aku dah cuba banyak sangat produk kolagen yang dijual di pasaran.. caya x..??? Percayala sebab aku selalu naik dan turun bas dekat Melaka Sentra..dekat dalam MC banyak kiosk dan kedai yang jual produk kecantikan jadi senanglah nak membelinya.. Setelah beberapa lama pakai baru aku perasan yang badan aku tak boleh terima produk berunsur GLUTHATHIONE.. tapi kollagen boleh plak.. Kalu guna jugak mesti muka aku naik jerawat kecik-kecik..Jadi scan dulu badan anda supaya dapat kenalpasti apa yang badan boleh terima dan tak boleh terima..

10. BERRYGEN

Aku buat keputusan setelah cikgu sekolah aku pujuk untuk mencubanya.. Lama gak aku tolak takmo cuba sebab tak berapa nak yakin..Last2 ujung taun 2011 aku cuba jugaklah walaupun harganya mahal... Kesannya.....memang SUPERB sebab tindakbalas produk ni dekat kulit aku memang cepat..jerawat hilang dalam masa kurang dari sebulan... siap jadi testimoni berrygen dekat Jasin lagi..

Malangnya tak lama aku pakai berrygen tetiba Tupperware upgrade berrygen tambahkan glutha dengan stem epal.. Adooooiiiii...baru nak rasa cantik terus jadi camni.. aku try gak beli sampai tiga kotak tapi kulit aku memang tak sesuai dengan produk glutha..huhu.. Akhirnya,, mak aku jelah yang abeskan Berrygen ni..

p/s : kepada sesiapa yang takde alahan glutha bolehla guna produk ni sebab sangat membantu untuk menjaga kesihatan dalaman...=)

11. SENDAYU TINGGI

Yang ni aku nak cakap ringkas jelah... produk ni tengok kesesuaian dulu aku pakai Oily Set memang tak sesuai tapi yang latest ni produk gold kalu tak salah memang sesuai dengan kulit aku tapi macam biasa aku pakai kejap je smpai habes satu set je.. Senang citer produk ST ni berunsurkan jamu dan sesuai dengan aku...Kalu nak beli boleh pergi ke outlet yang berdekatan..



Tu jelah pengalaman aku menggunakan produk kecantikan.. Nak cantik punya pasal sanggup buat apa sahaja tapi muka tak gak cantik macam Siti Nurhaliza..hehe.. Lagi sekali nak ingatkan ni hanya pengalaman aku sahaja mungkin orang lain kesannya agak berbeza... Sekarang ni, muka aku da beransur okey dan aku hanya pakai SF Beauty dengan makan PMC je tu pun kadang-kadang je makan.. K, jumpe next entri semoga entri ni dapat membantu pihak yang ingin memilih produk yang sesuai..

-----------------------------MISZPUMPKIN......................................................




29 comments:

  1. sis kalau nk tukar pkai trus tukar or gab dlu?

    ReplyDelete
  2. kalu boleh gab dalam 2-3 hari bru pkai yang lain...=)

    ReplyDelete
  3. WANT TO HAVE A FAIR SKIN?
    INGINKAN KULIT CERAH?
    CALL / SMS 016 271 5447

    - Can be applied all over the body - face, hand, leg etc.
    - NO exfoliation
    - Organic & Halal
    - Trial Pack / Product Sample available
    - Special Promotions offered

    ReplyDelete
  4. Samala pengalamn kita..seksa kut muka rosak teruk..cuma zara
    product len yg menhancurkn muka zara
    Sedih gila...

    ReplyDelete
  5. saya baru cuba sf beauty ni beberapa hari,(hampir seminggu tapi dia keluar jerawat lar.tapi abang saya ckp memang dier keluarkan jerawat
    dulu baru lepas tu dier akan ok.betul ke?sebab muka saya pedih sebab saya basuh 3kali satu berturut2 lpas tu muka memang putih sikit tapi bekas2 jerawat tu jadi merah2.rasa segan nk keluar,macam mana yer?saya tggu lama sikit untuk tgk kesan dier

    ReplyDelete
  6. takutnya dengar testimoni awak...
    saya ingat baru nak pakai Safi.. tak jadik lah. Sebelum ni saya pernah pakai Shadira, Biodex,ishh..mcm2 laa.. the latest saya pakai skrg felisa.
    Nak tukar sbb felisa dah susah nak cari stok.. tgh mikir-mikir ni produk apa yg sesuai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan dear kalau nak tau produk paling berkesan untuk putihkan kulit dari dalam secara semula jadi boleh visit blog akak ye. Thank u dear:)

      Delete
    2. Felisa mmg da xd lama da...suka pki cream dia...xmelekit

      Delete
  7. Adakah isteri / suami anda bekerja di luar pejabat atau kerja lapangan? Adakah anak anda aktif dalam sukan dan kerap berjemur di bawah terik matahari? Adakah anda masih ingin kekal Cerah?

    Call / Sms: +6016 2715447
    Email: 772shine[@]gmail[.]com
    Google up: Shine FS

    ReplyDelete
  8. selama ni sy pun byk pengalaman guna produk kecantikan nak ilangkan jerwt(sebab muka oily), kejap ok kejap tidak last2 kesannya muka jd teruk dan suffer jerwat batu dan benanah tp dulu la.. hehe tp lepas try last product safi pencuci tutup dan badan biru, krim safi tuk malam dan cream T3 vulgaris alhamdulillah hilang dah smua jerawat.. klu ada pun muncul anak2 jerwat tp time dekat2 period je pastu hilang 2 3 hari lps guna T3 vulgaris. kena pndai la ni cri product yang sesuai.. hehe..

    ReplyDelete
  9. Huhu...penah terpakai collagen plus vit e..rupanya ada contain merkuri..seb baek pakai sekejap je...

    SF??bleh google laen..hehehe

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Mary Kay Beauty Consultant
    BC LIEZ
    Whatsapp saye 0122004636

    ReplyDelete
  12. Untuk dapatkan kulit yg cantik n sihat beralihlah ke produk MARY KAY..
    Produk asas tumbuhan n selamat..
    World brand..
    Sila pm saye d 0122004636(liez)MELAKA

    ReplyDelete
  13. Terima kasih cik berkongsi review ini.


    Perkongsian : Produk Kecantikan Popular

    ReplyDelete
  14. bukan sebab safi kulit jadi macam tu..tapi sebab produk bermercury yang dah di guna..awak boleh google list2 produk mercury..safi elok,xde mercury..sye pun mangsa produk mercury, jdi sye fhm sgt..

    ReplyDelete
  15. Wanita selain harus tampil cantik, juga harus fashionable lho. Yuk cek fashion.sariayu.com . kamu bakalan kagum banget deh sama kecantikan Maria Harfanti dan Savina Wibowo sebagai tamu spesial Indonesia Fashion Week 2015 yang telah disponsori oleh Sariayu Martha Tilaar sebagai official make up dan hair do selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  16. menarik jugak review ni. ada sesiapa nak review GlutaCaps tak? Dengar kata glutacaps produk putihkan kulit seluruh badan paling hot sekarang ni?

    ReplyDelete
  17. Nak survey2 produk kecantikan luaran and dalaman ley wasup 0196225344.,

    ReplyDelete
  18. klu nk repair kulit selepas pki bmcm2.. pki lq secreatleaf.. satu set + serum argan oil.. serius menjadi.. tu penglmn sy.. n skg alhamdulilh wjah sy okey...

    ReplyDelete
  19. klu nk repair kulit selepas pki bmcm2.. pki lq secreatleaf.. satu set + serum argan oil.. serius menjadi.. tu penglmn sy.. n skg alhamdulilh wjah sy okey...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...tumpang utk share yer tn rumah..utk mendapatkan kulit yg sihat dan merawat kulit yg telah rosak oleh meecury,blh whassup akk 0192609161.. insyaallah akk leh bantu..akk pon pernah guna mcm2.tp bl dh try produk ni takut dh nk guna yg menghakis bagai tu...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...tumpang utk share yer tn rumah..utk mendapatkan kulit yg sihat dan merawat kulit yg telah rosak oleh meecury,blh whassup akk 0192609161.. insyaallah akk leh bantu..akk pon pernah guna mcm2.tp bl dh try produk ni takut dh nk guna yg menghakis bagai tu...

    ReplyDelete
  22. makasih sudah memberikan review, lengkap deh

    Pro Clean Indonesia
    Cuci Karpet di Medan

    ReplyDelete
  23. Produk kecantikan membuat cewek makin mempesona :)
    http://www.bitebrands.co/2016/12/beauty-blog-indonesia-populer-review-produk-kecantikan.html

    ReplyDelete
  24. Salam tuan tanah tumpang iklan.
    Nak order produk karisma boleh jgk hubungi saya:

    Akma 019-4228224

    ReplyDelete
  25. Salam tuan tanah tumpang iklan.
    Nak order produk karisma boleh jgk hubungi saya:

    Akma 019-4228224

    ReplyDelete
  26. Saya pun pernah kena dengan produk safi. Dulu pernah pakai safi balqis perfect 10, ok je. Lps tu tukar oroduk lain. Bila habis spm, nk try safi sekali lagi masa tu ada keluar safi white trylogy dan safi oxywhite. Pakai seminggu terus naik jerawat banyak lepas tu ingat tu reaksi biasa tp sepupu nasihatkan supaya stop sebab muka dh teruk sangat. Nasib baik fair and lovely tu tolong pulihkan balik muka tapi bekas jerawat banyak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...