Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Saturday, May 17, 2014

::supplemen ibu mengandung::

Salam..entri kali ni nak citer pasal pregnant pulaklah..giler kentang satu hari sampai 2 entri..hihi..ni namanyer takde keje tapi banyak idea nak menaip nak2 hari Sabtu tak keje...

Sepanjang mengandung ni aku tak beli pun mana2 supplemen yang jual kat luar tu..tak kisahlah apape jenama pun..takut jugak nak makan selagi tak dapat nasihat doktor..memanglah ramai yang cakap bagus tapi aku je yang tak berani nak makan....ngeee..

Aku start checkup lepas dapat tau pregnant masa tu kandungan dah sebulan lebih... Mula2 pergi klinik swasta je sebab nak wat urine test..dah buat masa kat umah tapi nak betul2 konfemkan pregnant dan nak dapat surat doktor untuk ke klinik kesihatan.. Lepas dah dapat surat doktor  terus gi klinik kesihatan buat buku merah..

Masa awal2 check,..nurse bagi  Obimin je..dia cakap dalam pil tu sume dah ada..Aku ikutkan jelah takde pengalamanlah katakann...hehehe.. Alhamdullillah,..aku memang takde masalah bab nak makan ubat..dapat ubat yang nurse bagi memang tak lengah2 hari2 makan sehari sebiji..

Bila kandungan dah masuk 5 bulan,..aku gi checkup dekat Hospital Pantai dengan Dr Hanisah..masa gi checkup dia cadangkan aku amik NeuroGain dengan Ganilia..katanye bagus untuk perkembangan otak baby.. Baekkk doktor,..saya yang menurut perintah..hehehe.. Bagi aku selagi benda tu baik untuk baby memang aku amik takmo berkira sangat pasal duit.... Sekali check...cas dekat RM180...agagaga..

Baru2 ni..pergi checkup dekat Klinik Kesihatan,..nurse cakap darah kurang pulak takut kena anemia..huhu.. So,..dia bagi asid folik,..B-Complex dengan ubat tambah darah.. Huaaa..banyaklah pulak.. Nurse yang check aku ni cakap pulak Obimin je tak cukup kena tambah ubat lain.. Dia cakap nak makan Vitamin C pun boleh jugak tapi klinik tak supply kena beli dekat luar... Setiap kali pergi checkup kat Klinik Kesihatan mesti nurse yang berbeza-beza check aku kadang2 je nurse yang sama..

Pernah gak aku tanye nurse boleh tak nak amik set suplemen yang jual kat luar...pas2 dia cakap boleh amik tapi tak digalakkan..dia bagitau makan ubat yang klinik bagi pun dah okey..  Paling penting jaga makan je..makan makanan yang berkhasiat.. Ermm..dari semangat nak beli terus tak jadi beli..huhuhu..

Setakat ni,..ubat yang aku makan sume okey takdelah pulak kesan yang memudaratkan....ada gak yang cakap bau asid folik tak sedap..ntah aku makan okey je sume ubat aku telan....hihihi..Dalam satu hari banyaklah jugak pil yang aku makan...somi tengok pun takut makin nak dekat deliver makin banyak pulak ubat yang aku makan...hehe..

So,..pendapat akulah masa mengandung makan jelah pil yang klinik bagi tapi kalu nak makan jugak supplemen kat luar tu dapatkan nasihat doktor terlebih dahalu.. Bukan apa memang banyak testimoni dan penjual pun cakap okey..tapi kalu jadi apape kesan kena kat kita dengan baby betul x...??  macam aku pun tak berani nak amik supplemen luar melainkan supplemen  yang klinik kesihatan dengan Dr Hanisah bagi je...Sekian sahaja perkongsian daripada ibu yang baru ada pengalaman mengandung anak pertama ni..heheheh...

Ni semua ubat yang aku ambil sepanjang mengandung..banyakkan...@_@..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...