Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Friday, June 6, 2014

Neurogain dan Ganilia

Salam semua...

Before ni aku ada post pasal supplemen ibu mengandung yang aku ambil setiap hari.. ada jugak yang bertanya tentang kegunaan dan kebaikan dua jenis supplemen ni..

 Ye, betul....supplemen ni memang kite takkan dapat kalu pergi check up dekat Klinik Kesihatan (KK) sebab KK just bagi pil obimin yang warna pink je.. Aku faham klinik kerajaan nak supply ubat mahal2 mana mampu jadi dapat obimin pun kire dah bersyukur ada jugak supplemen untuk ibu mengandung.. Lebih2 lagi aku anak pertama taktau banyak benda pasal supplemen dan tak berani nak cuba supplemen yang ada kat pasaran hanya bergantung 100% supplemen yang nurse KK bagi setiap kali pergi checkup..

First time  aku jumpe Neurogain bile cikgu skola aku tunjuk pil yang dia dapat masa pergi check up dekat Hospital Mahkota..masa tu aku tak rase teruja pun nak tau pasal Neurogain sebab aku lagi percaya ape yang nurse bagi kat aku..hihihi..

Lepas aku pergi check up dekat Hospital Pantai masa kandungan 20 minggu,..doktor syorkan aku amik Neurogain untuk perkembangan otak baby..Ganilia pulak aku tak tau fungsi ape just makan je..ada doktor explain tapi aku cam dengar tak dengar je..=p

Rupanya Neurogain ni ada jual dekat Watson dan Gardians.. minggu lepas kuar dengan somi ada jugak survey2 supplemen ni sebab stok Neurogain dah nak abis..nak pergi beli dekat farmasi hospital macam leceh je tu yang try cari dekat luar....Untuk makluman,..harga dekat Watson dalam RM 58.++ tengok dekat Guardians baru RM 49.++ .... so lepas ni sape2 nak beli Neurogain bolehla beli dekat Guardians sebab setakat ni Guardians yang tawarkan harga paling murah..heheh.. Kalu beli dekat farmasi hospital lagi mahal kot dalam RM6+.++ . Ganilia pulak setakat ni tak jumpe kat luar..try jugak google mana tau ada jual kat mana2 farmasi tapi aku dapat tau Ganilia memang takde jual dekat luar kalu nak kena beli dekat farmasi hospital atau klinik2 tertentu sahaja..

Okey,..dekat bawah ni aku kongsikan kebaikan dan kegunaan Neurogain dan Ganilia yang aku ambil dari website  Mederis Sdn Bhd (pengeluar supplemen).. Oooppss..mintak maaflah ye sume bahan yang aku dapat ni dalam Bahasa Inggeris tapi tak susah nak faham pun.. Harap dapat membantu bakal2 ibu di luar sana...=)


NEUROGAIN



Neurogain® PB is a natural, customized, standardized, refined purified, high quality formulation of conditionally Essential Fatty Acids for Pregnant and Breast-feeding women. Now available in vegetable capsules made in Germany, Neurogain® PB is  DHA high, EPA low with AA and OA to help Pregnant and Breast-feeding women meet important pre and peri natal nutritional requirements in essential fatty acids. Neurogain® PB is scientifically formulated in line with international recommendations for essential fatty acids supplementation early in life.
 
Why a vegetable capsule ?
Unlike capsules from beef or pork materials, vegetable capsules (Vegicaps® Soft)* have a multicultural appeal while showing proven chemical and physical stability with low odor, taste and aftertaste.
The vegetable capsules provide excellent proection for oxygen sensitive essential fatty acids (DHA) ingredients.

Who needs NeuroGain® PB ?
  • Pregnant and Breast-feeding women
  • Pregnant women with a history of low birth weight babies, pre-term births
  • Frequent, multiple pregnancies
  • Pregnant women allergic to fish and eggs
  • Poor, unbalanced maternal diet
When is the best time to take NeuroGain® PB ?
At meal time for better absorption and compliance. When eating, the fats in the meal will improve the absorption of Neurogain® PB essential fatty acids like DHA in the body.
 
Is it safe to use NeuroGain® PB ?
Yes, NeuroGain® PB is a natural DHA supplement of EFAs. The EPA level is low in line with WHO and ISSFAL recommendations for DHA supplementation at an early stage of life. NeuroGain® PB is not a drug.
 
Why is NeuroGain® PB free of Evening Primrose Oil (EPO) ?
EPO, Borage oil, and possibly other substances containing GLA, should not be used during pregnancy because they may be harmful to the fetus and induce labor.
 
How about the cleanliness of the finished product ?
NeuroGain® PB is manufactured under the highest international standards for quality and safety for EFAs. In order to minimize the risk of contamination, NeuroGain® PB is controlled and molecularly distilled to systematically remove PCB's and DDT's. Heavy metals are removed by going through an absorption column. At the end, varied tests will check the low level of peroxidation and the removal of pollutants.
 
What are the best storage conditions for NeuroGain® PB ?
Store at room temperature in a cool and dry place.



GANILIA



WHAT IS GANILIA®?
 
Ganilia® with Microencapsulated Iron is an innovative and comprehensive formulation scientifically developed for pregnant and breast-feeding women in line with international guidelines and with a focus on what is usually most needed during pregnancy & lactation. Ganilia® helps by providing you with the minimum daily requirements of the main vitamins, minerals and DHA that may be lacking in your diet.
Ganilia® is the result of more than 10 years of research in the specific nutritional requirements during pregnancy and lactation. It contains a balanced combination of 15 essential vitamins, minerals and DHA developed with you and your baby in mind.

Each
Ganilia® softgel capsule is made in Germany and you can be rest assured that you and your baby are receiving the proper nutritional help you both need.
 
WHO NEEDS GANILIA® ?
- Pregnant and breast-feeding women especially pregnant women with rigid dieting, unbalanced diet, eating disorders
-  Pregnant women with extreme weights (either too thin or overweight)
-  Closely spaced or multiple pregnancies
-  Young maternal age
-  Diabetes, anemia, gastro-intestinal disorders


WHY “MICRO-ENCAPSULATED” IRON IN GANILIA®?
Maternal iron is needed during pregnancy to develop fetal blood cells and for the pregnant woman herself. “Maternal iron deficiency is associated with increased risk of pre-term delivery and subsequent low birth weight”.

Common iron supplementation may be associated with a metallic taste in the mouth, constipation and other gastro-intestinal disturbances like “stomach upset”. In addition, iron is a potent oxidant best taken individually. When in direct contact with DHA and other oxygen sensitive vitamins, iron will damage them.

Ganilia® iron is isolated in a “microcapsule” to protect the other vitamins and especially DHA from oxidation. In addition, with a slow release in the digestive tract, Ganilia®
iron is better absorbed in the body and the other side effects from common iron supplementation are further reduced.




# Walau macam mana baik sekali pun setiap supplemen pastikan korang dapatkan pandangan dan nasihat doktor terlebih dahulu..jangan main beli je takut jadi apape nanti diri sendiri yang susah.. Setiap individu mempunyai keperluan dan masalah yang berbeza-beza...Ingat ye,..tanye doktor dulu sebelum makan apape supplemen..=)


Thursday, June 5, 2014

....serba-serbi pasal kahwin.....

Salam..sambung balik pasal citer kahwin.. Entry kali ni aku nak rangkumkan sume skali pasal majlis kahwin aku bulan November lepas.. Ada yang boring..???..hehehe..janganlah boring ni sekadar perkongsian dan untuk aku kalu agak2 dah lupe boleh bukak balik post2 pasal kawen yang lepas2 ye tak..hihihi..

Macam biasa..aku lagi suka citer ikut nombor kalu hal2 yang macam gini senang nak faham dari buat karangan berjela2 tapi takde perenggan..susah nak baca dan faham..  Sebenarnya nak prepare majlis kahwin ni bukan mak ayah je yang busy tapi kite sebagai pengantin lagi 10x busy nak fikir macam2 perkara..bak kata mak akulah nanti mak yang pilih ko cakap tak canteklah tak sesuailah..hehehe.. Baekk makk memahami kehendak hati anaknyer...=D  Jom, mula dari nombor 1 jangan malas2 ye terutamanya kepada bakal2 pengantin tak rugi pun kalu baca lebih2 lagi yang edisi kawen bajet cam makencik niiii..hihihi..

1. MAJLIS NIKAH
 
Untuk majlis nikah ni,,vanue di surau taman perumahan aku je tak jauh dari rumah.. Mula2, engat nak buat kat masjid taman sebelah.. MOTIF??.. suasana masjid lagi cantik kalu nak amek gambar..hihi.. Tapi ayah aku cakap susah laen2 kariyah.... lagi baik buat kat surau je dekat pun dekat tak menyusahkan orang..huhuh..Baekk ayah..sedihnyer tapi ikutkan jugak..terus terpadam angan2 nak nikah kat masjid.. Aku nikah lepas semayang Jumaat dalam pukul 3 petang jugak mulanyer..sekali lafaz je tauuu...hihih...aminnnn..

 Moment akad nikah..ayah aku yang nikahkan..hehehe.. Agaknyer kalu toreh muke tu tak kuar darah kot nerves punye pasal..kih3..

Doorgift untuk majlis nikah..?.. NON HADO....hahaha..teruk tak aku.. Lepas nikah,,..ambil gambar dalam surau lepas tu terus gerak pegi dekat pelamin sambung amik gambar.. Tetamu jemputan pegi makan memang ada sediakan makanan untuk orang sebelah..

2. MAKEUP

Sebelum ni aku ada gitau makeup aku pakai freelance luarkan.. Ye,..tak amik pun pakej makeup dengan butik andaman.. Sebenarnya,..akak ni memang dah makeupkan aku since bertunang lagi.. Aku kenal akak ni masa beli barang dekat Sendayu Tinggi Bukit Baru.. dia keje kat sana.. sebelum ni dia makeup kat dalam studio je tapi aku yang paksa dia datang umah makeupkan aku masa tunang..hehehe.. Puas hati dengan makeup dia terus aku booking untuk majlis kawen aku..  Harga?..aku tak pasti pulak sekarang cas dia berapa tapi rasanyer tak sampai RM3++ ....Siyes,..makeup dia memang cantik,..harga berpatutan,..paling penting perempuan...!!

Masa bertandang,.. aku makeup dekat butik je sebab Pak Mus cakap senang sume kelengkapan ada dekat butik.. Okey,..malas nak panjang citer aku ikutkan jelah..yang makeupkan aku LELAKI tapi bukan pondan tau..hihi.. Dia makeup pun cantik sampai nak tertido aku..hasil memang tiptop.. !!! Makeup ni termasuk dalam pakej perkahwinan belah lelaki so aku tak taulah sekali makeup dia cas berapa..?? Ni aku bagi link fesbuk bagi MUA belah lelaki..yang perempuan tak berani nak bagi lorr tapi kalu korang nak nombor akak tu korang boleh pm aku ye..=)



3. INAI/HENNA

Sepasang dalam RM100... tapi nak lagi kreatif rasanyer ada penambahan harga... Inai kat tangan dengan kaki aku ni kawan yang pakaikan..taklah cantik sangat tapi puas hatilah jugak.. Yang tak bestnyer,..pakai inai yang tumbuk 2 letak dekat jari nth kenapa tak pekat2 last2 pakai inai dalam tiub je letak kat jari kaki tangan sekali... Harga.??...free je tak kene bayar pun...maceh bff..hihi..

Ni ukiran inai bff buat..bese2 je tapi nak siapkan sampai pkul 1 pagi..termasuk inai kat jari sebabnyer inai tak merah2..huhu.. Tu yang pakai inai tiub je beli dekat Jalan Bendahara @ Little India Melaka


4. KOMPANG

Ni pun satu hal jugak..nyaris majlis umah aku pakai kompang record je..huhu.. Citernyer dah tempah awal tapi pasal ape nth terpaksa cancel last minute... Kelam kabut jugaklah akak ngan ayah cari kompang lain.. call banyak tempat tapi dah penuh.. Nasib baik dapat jugak kompang kawan ayah... Pakcik tu gitau malam berinai memang free just Sabtu je ada 1umah so takmo panjang citer aku gitau berarak dalam pukul 12.30tgh sebab lepas tu diorang nak pergi majlis umah lain pulak...

# Tips untuk bakal pengantin yang dah booking kompang awal2,..makesure korang followup balik dengan owner pasukan kompang ni.. takut jugak dia lupa tarikh ke dah tertindih masa dengan umah lain ke..kite tak tau tapi nasihat aku followup baliklah.. Ingatkan bila majlis akan berlangsung dan paling penting bagi alamat umah takut diaorang sesat pulak...hehehhe..

5. DEEJAY/PA SYSTEM

Macam kompang..deejay pun kena booking awal..nampak simplekan tapi takde 'orang penting' ni memang suram majlis kahwin silap2 pasang radio sendiri jelah...huhu.. Masa aku sume booking awal tahun.. guna deejay yang sama masa akak aku kawen dulu..

Belah somi,..tak susah sangat sebab pakai katering so deejay dah masuk sekali dalam pakej.. senangkan tak yah pening2 kepala..!!1

6. HANTARAN

Hantaran masa tunang aku beli barang then aku hantar  dekat kedai depan dengan TONGHUP.. Kedai tu buruk je tapi hasil tangan akak ni memang super powerlah.. Akak ni nama dia Norisa kalu tak salah..memang baik ko cakap je nak camne nanti dia boleh gubahkan.. Kedai ni juga sediakan khidmat sewaan hantaran..jangan risau sebab walaupun sewa dia akan gubah ikut kehendak pelanggan..harga pun berpatutan sangat..!!! Maybe sebab kedai dia sewa tak mahal sebab tulah kot dia boleh amik upah hantaran tak mahal sangat..aku ada gak servey tempat lain sedulang ada yang sampai cecah rm1++..mahaiiii..

Lepas tunang aku try survey kat Jasin sebab kawan aku cakap ada yang lagi murah sedulang dalam RM20.. haaaa..amekkk ko murah giler.. kedai ni pun jenis sewakan hantaran.. Dah pergi tapi rupanya hantaran sume dah siap deco tak boleh ubah ko just letak barang je kat dalam tu.. Ermmmm,..patutlah murah je.. tak bestlah kalu 10 orang guna dulang hantaran yang sama design..

Nak dijadikan citer masa pergi beli barang kawen dekat Ayer Hitam, Johor.. jumpe satu kedai perkahwinan yang tawarkan harga 7dulang tak sampai rm300..siap deco dalam bekas ada kaki lagi tu.. Disebabkan aku tak bawak barang-barang hantaran kecuali bekas jam je ada pada aku so aku suh dia deco bekas hantaran kosong je tapi aku suh wat 8 dulang termasuk sirih junjung..kena cas RM350.. Isi dalam bekas hantaran pulak aku mintak bff yang tolong gubahkan..nak suh aku gubah memang ke lautlah jawabnyer..hehehe..

 Warna biru tu hantaran belah aku..tak nampak sangatkan..gambar lain takde maap..

7. KAD KAWEN

Okey..kad kawen pulak aku tak survey merata macam butik pengantin..aku pergi dekat pameran pengantin survey yang ada kat dalam tu je.. Sume cantik2 dengan macam2 harga..ada yang siap bagi FOC macam2 sampai kadang2 aku terfikir harga kad yang ditawarkan macam termasuk sekali harga gift yang diorang bagi pulak..hihiihi.. Mane taknyer offer sampai 10 free gift tapi harga kad tak masuk akal..haisshh..

Aku terus booking masa tu jugak untuk kad kawen sebab dah jumpe yang berkenan di hati..hihi.. Aku pilih galeri kad kawen ZR.. Sebab ape? Lepas buat kira2 dengan somi (masa tu tunanglah)..kad kawen ZR ni aku rasa yang paling murah.. Kitaorang pilih kad kawen yang lipat dua.. sekeping jatuh dalam xsampai RM0.30.. murahkannnn.? Tapi ada syarat nak tempat mesti kuantiti 1000 keping, 2000 keping.. tak boleh separuh macam 500 ratus..

>Jadi aku tempah untuk 1000 keping dapat free gift 1000 tq tag,..1 banner, 2 penunjuk arah..=)


#Tips seterusnya..nak tempah kad kawen pergi terus masa pameran sebab nanti dapat macam2 free gift.. harga memang dorang tak boleh bagi murah tapi korang kena pandai pilih.. Macam aku pilih kad kawen ZR pastu dapat freegift TQ TAG, PENUNJUK ARAH + BANNER.. masa kad kawen siap nak tau tak dorang lebihkan kad 2 dalam 2++ keping..banyakkan.. Harga sekeping kad kawen termasuk harga sampul tapi aku tambah tulisan kad depan so kena topup dalam RM50.... Kawan aku pun buat tempat yang sama tapi dia terus pergi kedai so dapat buat kad jelah takde free gift... Nampak untung tak booking awal2 kat pameran pengantin..!!

 ..Ni contoh kad kawen aku lipat dua..

8. DOORGIFT

Doorgift punye gambar takde....aku citer serba ringkas jelah ea.. Belah aku,..ada dua jenis doorgift dengan saiz kotak yang berbeza..

a. tetamu jemputan - kotak kecil putih (MINERAL WATER + SWISSROLL + MINI NIPS)

b. kenalan rapat dan orang sebelah - kotak besar silver (MINERAL WATER+SWISSROLL+MINI 
   NIPS+ REMPEYEK)

 Kotak putih ni yang aku guna beli dekat kedai jual barang2 buat kek dekat2 dengan Stadium Melawati Shah Alam.. (ihsan gambar google)


 Dah siap sebijik cam dalam gambar ni..hehehe..

Kotak silver pulak cam dalam gambar ni yang hujung belah kiri (ihsan gambar google)

 Hasil tangkapan..cari punye cari jumpe gaklah gambar doorgift orang sebelah..teruk aku ni..hihi.. Untuk sume doorgift tengah2 aku tampal TQ Tag..


Air botol kecik 2 aku isi dalam kotak doorgift..yang besar pulak letak atas meja tetamu.. Ayah aku beli dekat kilang Sea Master, Balakong.. Kalu korang ada pengangkutan nak ke sana better beli kat sanalah memang murah yang amat.. Aku yang request nak air botol kecil comeyy tu..yang bese2 orang pakai mineral cup jekan..ngadakan..=p

Nips beli dekat Pasaraya Cowboy tapi yang kecik2 + swissroll beli dekat Family Store Batu Berendam (orang Melaka kalu nak beli borong pergilah dua tempat ni memang berbaloi-baloi)

Last skali..REMPEYEK disponsor oleh maklong aku..hehehe.. Pada sape2 nak order boleh direct terus ke fesbuk anak dia... Terbaekk rempeyek ni baru letak atas meja dah abes terpaksa topup banyak2 kali..aku pun boleh abes sebalang kalu hadap je benda makan ni tau...!!





9. FOTOGRAFER

Fotografer adalah perkara paling mahal selepas mak andam betul x..? Nak nangis jugaklah tengok quotation beberapa fotografer yang sempat aku survey ada yang sampai cecah 4k.. huhu..

So,.takmo pening2 kepala aku amik fotografer yang sama dengan akak aku kawen dulu..untuk 4 events termasuk belah somi dalam RM2K++ ....hasil memang puas hati jugak...hihi..


# Ini pun sama buat followup kena ingatkan balik cameramen tarikh majlis takut dia lupa..lagi bagus bagi kad sekali sebab dia nak datang camne kalu tak tengok map..=p


= photobooth,centerpiece, segala bagai yang kreatif2 sume aku tak buat pun tak sempat nak fikir just buat yang penting2 je.. Tapi kalu jenis yang rajin dan kreatif tak salah pun kalu nak buat sume ni lagi best rasanya majlis tu nanti.. Yang penting lepas majlis selesai je aku dah lega..hehehe..



Itu jelah kot.. pasal kahwin yang boleh aku share dengan korang.. harap dapat membantu bakal2 pengantin dekat luar sana..



#throwback - majlis kahwin

Salam semua..hari ni nak sambung balik pasal citer kawen yang tak abes2 lagi... disebabkan sekarang tengah cuti sekolah dapatlah wat banyak entri pasal kawen dengan pregnancy..

Oke,..citernyer gini..hehe.. Masa majlis tunang memang aku kalu boleh takmo guna mana2 khidmat butik pengantin kononnyer nak jimat koslah..baju makeup sume nak sendiri tapi siapa kite yang hanya merancang tapi segalanya Allah swt dah tentukan.. Disebabkan baju tunang aku yang dah hancusss 2..akhirnya aku akur juga untuk menggunakan khidmat butik pengantin..

Nasib aku memang baik jugaklah tinggal lagi beberapa hari je lagi sebelum majlis tunang..mane ko nak cari baju yang ngam dengan badan ko...sedih betul kalu diingatkan balik..huhuh.. Nasiblah adik aku ni dulu pernah keje partime butik pengantin kawan dia..haaa..kat situlah aku sewa segalanya..nak citer panjang2 pasal tunang nanti ea..next entry...=p

Untuk majlis resepsi belah aku dengan somi memang kitaorang awal2 dah round Melaka pergi survey butik2 pengantin yang ada.. banyak jugaklah butik yang kitorang dah kuar masuk..tengok2 baju makeup dengan amik quotation sekali.. Cehhwahhh..cam nak wat umah pulakkan...hihi..

Tapi aku nak ingatkan kat sume bakal pengantin,..bile pergi survey tu tanya sume yang korang nak tanya tapi jangan terus booking pulak.. kumpulkan sume maklumat yang ada pastu pilih mana yang sesuai dengan korang.. nasihat aku ni untuk yang dah pergi survey awal2lah tapi yang  pergi last minute tu korang grab jelah mana2 butik pengantin yang ada.. Yelah,..sekarang ni kena booking awal2 kalu tak memang penuh jelah..

#Tips untuk bakal pengantin yang takde masa nak pergi survey butik2 pengantin ni aku cadangkan korang rajin2lah pergi ke PAMERAN PENGANTIN yang memang selalu diadakan di Melaka..tak kesahlah anjuran sapa sebab kat situ jelah masa korang boleh tengok sume butik pengantin yang ada kat Melaka berkumpul bawah satu bumbung.. Selalunya pameran pengantin ni diadakan di beberapa tempat seperti :

1. MYDIN MITC
2. MELAKA MALL (depan AEON Ayer Keroh)
3. AEON BANDARAYA MELAKA

Jangan risau kalu korang taktau bile sebab memang banyak banner yang akan digantung di sekitar Melaka nak promosikan pameran pengantin anjuran orang2 tertentu ni..just alert jgn sampi terlepas tarikh naaa..hihi..

Bagi majlis belah aku pulak..aku guna khidmat butik pengantin ANDAMAN SERI SELENDANG.. masa mula2 pergi butik dia memang ko takkan sangka tu butik pengantin sebab luar cam setinggan tapi bila ko masuk je dalam butik tu..perggghhhh..macam kondolah..hehehheehe.. Siyes,..masuk je butik dia memang banyak baju cantik2 ko pilih je mana yang ko suke.. Dekorasi butik pun walaupun tak besar tapi cantik terus ada mood nak kawen..kih3..

Disebabkan aku ni takde warna tema,.. ikut sukati akulah nak pilih baju yang aku berkenan..agak2 cantik aku amik je.. Tapi aku ni rambang mata  adalah dalam 2-3 kali jugaklah aku tukar baju nasiblah Bedah dengan Kiah tak marah... Servis dorang pun bagus ikut je kepala aku yang tak betul ni takde merungut pun layan kerenah customer cerewet yang sorang ni..hehehe..

HARGA?.. Untuk harga pulak butik ni menawarkan pakej harga yang berpatutan dalam RM2K++... Memang puas hatilah..dari segi baju dan hiasan pelamin.. sume ikut cam yang aku nak.. Tapi,..aku just amik aksesori untuk nikah, baju malam berinai dengan baju resepsi je..makeup pengantin untuk tiga majlis ni aku guna khidmat orang lain.. Bukan sebab makeup butik ni tak cantik tapi aku memang awal2 dah booking freelance luar since aku tunang lagi..

Belah somi pulak,..guna khidmat butik pengantin lain pulak.. Tak tau camne boleh confident sangat terus serbu butik pengantin ni..engat nak gi survey je tup2 terus booking sekali.. Ko tengok kuat tak aura butik pengantin ni.. heheh... Somi guna khidmat butik pengantin SAYANG CREATION.. butik ni terletak sama bangunan dengan HOTEL KING depan Hospital Pantai... Dari segi servis memang okey,..takde masalah.. yang aku suka bab butik pengantin ni ialah hiasan pelamin.. kreatif dan menarik.. Makeup pun cantik.. harga untuk belah lelaki RM1K++.....  Sama jugak kes cam belah aku, kitaorang ada masalah dalam nak pilih baju sebab tema belah somi warna hijau so 2-3 kali jugaklah tukar baju seb Pak Mus tak marah layankan je..=P

Baju malam berinai..somi aku paling nyampah tengok gambar ni sebab muke dia dah cam ape nth pakai tarbus kat kepala tu..hahaha..


Resepsi belah perempuan.. pilih punye pilih last2 aku amik baju warna coklat silver.. nama pun orang takde temakan.. yang mana cantik 2 yang aku pilih..hihi..


Majlis bertandang belah somi..aku suke deco pelamin ni simple tapi cantik..=)

Ni pelamin umah aku..memang nak warna pastel xmo sama dengan baju dan warna khema.. kalu dah sume sama orang tak nampak pulak pengantin besanding kt pelamin..=p

Asalnya aku nak guna khidmat butik pengantin EZANABIL tapi dah sampai Telok Mas taktau mana satu butiknya..cari punya cari rupanya dia jalankan bisnes dekat rumah tapi masa tu cam malas je nak call sebab umah cam bertutup je takpelah takde rezeki aku kot.. Sekarang butik ni dah launch butik pengantin diorang sendiri kat Teluk Mas jugak...

Lagi tips untuk bakal2 pengantin untuk pilih butik pengantin..ni just pengalaman aku jelahkann :

1. Lagi baik survey awal2 takut nanti dah full booking pulak nak2 butik pengantin yang memang femes nikan lambat je tarikh orang lain dah amik..

2. Dalam pada survey tu,.. korang kena pastikan tak RAMBANG MATA cam aku,..pergi masuk sume butik tapi last2 tak tau nak pilih mana satu...hihi.. Pastikan kumpul maklumat pas2 pilih cepat2 nanti lagi pening kepala ko..

3. Masa pegi survey,..ko tanyelah pasal baju,..tengok hasil makeup..tanye sapa yang makeupkan kalu nak perempuan gitau awal2 pastu tengok hasil makeup mua 2.. hiasan pelamin..sumelah..

4. Bila dah konfem nak bayar deposit,..pastikan sume yang korang mintak kire dah deal dengan owner butik ditulis di atas resit pembayaran.. bukan apa nanti masa majlis ada je yang takde sedangkan dalam perjanjian dah gtau.. So,..sume mesti ada hitam putih takmo cakap mulut je..

5. Lagi senang takmo serabut2 kepala,.. korang pergi jelah booking dekat Pameran Pengantin.. harga rasanyer sama je dengan walkin dekat butik just senang jelah sume ada bawah satu bumbung..tak payahlah korang nak menapak satu2 butik..penat tau..!..lagi satu kalu booking dekat pameran pengantin maybe ada bagi special gift ker..ni aku tak pastilah aku raselah..

6. Pastikan korang dah ada warna tema siap2 supaya misi pencarian dapat dikecikkan..hehehe.. Senang ada warna tema tak payah pandang baju warna lain.. jangan jadi cam aku takde warna tema aku sebat je mana yang aku suke.. tapi pening gak kepala mak andam nak pilihkan untuk aku.. Sebab tu kena ada warna tema siap2 supaya ko dengan orang keliling ko tak pening..hihi..

6. Last sekali,..pastikan korang buat followup dengan butik pengantin ni kalu boleh sebulan dua sebelum majlis..kalu tak salah masa ni nanti akan ada sesi pilih dan fitting baju.. dah dekat2 majlis datang lagi sekali nak wat last fitting mana tau saiz tak sesuai ker...

# Okey tu jelah,..tips daripada pengantin yang tak berapa nak baru ni.. Harap dapatlah bantu bakal2 pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan.. takmo pening2 wat slow2... Kat bawah ni aku share  beberapa butik pengantin sekitar Melaka jelah pas2 korang boleh cari dekat fesbuk..mane tau boleh membantukan..lagi satu try ke link fesbuk PAMERAN PENGANTIN MELAKA.. dekat situ pun banyak gambar dan link ke butik2 pengantin di Melaka...=)


SAYANG CREATION
ANDAMAN SERI SELENDANG
BUTIK ANDAMAN INTAN
GEE CANTIK
BUTIK ANDAMAN IMPIANA
D'APPLE BUSANA BRIDAL
BUTIK PENGANTIN PESONA KASEH
MENTARI KREATIF
BUTIK ANDAMAN RIROSSA
D'ORANGE BEAUTY (ANDAMAN)
SERI ANDAMAN NORMALA
EZANABIL BRIDAL
ANDAMAN ZIELA

# banyak lagi butik andaman sekitar Melaka ni..senang2 pergilah survey yee..hihi..ni mana yang aku engat jelah.. maceh..



Saturday, May 17, 2014

::supplemen ibu mengandung::

Salam..entri kali ni nak citer pasal pregnant pulaklah..giler kentang satu hari sampai 2 entri..hihi..ni namanyer takde keje tapi banyak idea nak menaip nak2 hari Sabtu tak keje...

Sepanjang mengandung ni aku tak beli pun mana2 supplemen yang jual kat luar tu..tak kisahlah apape jenama pun..takut jugak nak makan selagi tak dapat nasihat doktor..memanglah ramai yang cakap bagus tapi aku je yang tak berani nak makan....ngeee..

Aku start checkup lepas dapat tau pregnant masa tu kandungan dah sebulan lebih... Mula2 pergi klinik swasta je sebab nak wat urine test..dah buat masa kat umah tapi nak betul2 konfemkan pregnant dan nak dapat surat doktor untuk ke klinik kesihatan.. Lepas dah dapat surat doktor  terus gi klinik kesihatan buat buku merah..

Masa awal2 check,..nurse bagi  Obimin je..dia cakap dalam pil tu sume dah ada..Aku ikutkan jelah takde pengalamanlah katakann...hehehe.. Alhamdullillah,..aku memang takde masalah bab nak makan ubat..dapat ubat yang nurse bagi memang tak lengah2 hari2 makan sehari sebiji..

Bila kandungan dah masuk 5 bulan,..aku gi checkup dekat Hospital Pantai dengan Dr Hanisah..masa gi checkup dia cadangkan aku amik NeuroGain dengan Ganilia..katanye bagus untuk perkembangan otak baby.. Baekkk doktor,..saya yang menurut perintah..hehehe.. Bagi aku selagi benda tu baik untuk baby memang aku amik takmo berkira sangat pasal duit.... Sekali check...cas dekat RM180...agagaga..

Baru2 ni..pergi checkup dekat Klinik Kesihatan,..nurse cakap darah kurang pulak takut kena anemia..huhu.. So,..dia bagi asid folik,..B-Complex dengan ubat tambah darah.. Huaaa..banyaklah pulak.. Nurse yang check aku ni cakap pulak Obimin je tak cukup kena tambah ubat lain.. Dia cakap nak makan Vitamin C pun boleh jugak tapi klinik tak supply kena beli dekat luar... Setiap kali pergi checkup kat Klinik Kesihatan mesti nurse yang berbeza-beza check aku kadang2 je nurse yang sama..

Pernah gak aku tanye nurse boleh tak nak amik set suplemen yang jual kat luar...pas2 dia cakap boleh amik tapi tak digalakkan..dia bagitau makan ubat yang klinik bagi pun dah okey..  Paling penting jaga makan je..makan makanan yang berkhasiat.. Ermm..dari semangat nak beli terus tak jadi beli..huhuhu..

Setakat ni,..ubat yang aku makan sume okey takdelah pulak kesan yang memudaratkan....ada gak yang cakap bau asid folik tak sedap..ntah aku makan okey je sume ubat aku telan....hihihi..Dalam satu hari banyaklah jugak pil yang aku makan...somi tengok pun takut makin nak dekat deliver makin banyak pulak ubat yang aku makan...hehe..

So,..pendapat akulah masa mengandung makan jelah pil yang klinik bagi tapi kalu nak makan jugak supplemen kat luar tu dapatkan nasihat doktor terlebih dahalu.. Bukan apa memang banyak testimoni dan penjual pun cakap okey..tapi kalu jadi apape kesan kena kat kita dengan baby betul x...??  macam aku pun tak berani nak amik supplemen luar melainkan supplemen  yang klinik kesihatan dengan Dr Hanisah bagi je...Sekian sahaja perkongsian daripada ibu yang baru ada pengalaman mengandung anak pertama ni..heheheh...

Ni semua ubat yang aku ambil sepanjang mengandung..banyakkan...@_@..






#throwback - baju nikah

Salam...entri kali ni nak citer pasal baju nikah.... Citer tahun lepas so ada masalah sikit nak ingat sume tapi takpe aku cube ye..dah janjikan nak citer pasal benda2 yang dah basi2 hari tukannn..hihihi..



Tema warna baju nikah aku OFFWHITE @ putih....sebenarnya warna ni bukan aku yang pilih tapi somi yang pilih..ikutkan aku memang takmo pakai warna putih sebab warna putih bukan warna favourite lagipun lepas je nikah bila masa pulak ko nak pakai baju nikah putih ni... RAYE???SEKOLAH???... hahaha..memang taklah tak pasal2kena bahanlah kalu pakai baju nikah pergi sekolah....

Tapi disebabkan mak mertua aku pun memang dah suka warna putih..aku ikutkan jelah....kalu boleh aku suka warna2 yang selamat macam biru, turqouise, kelabu..senang citer warna selain putih...

Sebelum  nak buat baju ni lama jugak aku survey2 dekat internet dengan majalah pasal baju nikah.. Aku tunang bulan Februari kire lepas tunang terus cari design baju yang berkenan takut nanti cari last minute susah pulak.. Kali ni aku memang nak prepare betul2 takut jadi macam baju tunang aku dulu.. Sedihhhh owhhhh..baju tunangku hancur..!!!!!..huhuh.. Tu nanti aku citer kat entri yang lain ye..

Okey,..aku akan citer daripada mula beli kain sampailah baju nikah ni siap.. Bukan apa saja nak share pengalaman dengan bakal-bakal pengantin kat luar sana....ingat senang nak buat baju nikah ni..pening gak kepala aku dok pikir baju nikah yang macam mana nak buat..  Nak senang sewa je kat butik pengantin tapi sebab ko nikah sekali seumur hidup mestilah nak buat baju sendiri boleh jadi kenangan..sentimental value orang cakap...hihihi.... Dah takmo melalut..aku guna nombor jelah ea senang korang nak paham flow citer aku ni nanti...hehe..

1. KAIN BAJU NIKAH

Untuk kain baju nikah ni,..aku memang awal2 takmo pakai kain satin macam kebanyakan pengantin guna.. Tak tau napa aku tak berkenan pulak kain satin ni..berkilat sangat pas2 kain satin ni tak serap peluh.. Masa nikah memang  ada kipas pun tapi mesti korang berpeluh jugaklah so bile baju tak serap peluh mesti tak selesa punyelah... So, aku pilih kain jenis yang tak berkilat,, serap peluh,..bila buat baju je kain tu jatuh cantik je yang penting kain yang aku beli tu memang selesa dan sejuk...paling2 penting kain ni tak mudah pecah...camne aku tau..?..aku tak beli dulu kain tapi amik tester dulu pas2 tunjuk dekat taylor lepas dia cakap okey baru aku beli...KAIN JENIS APE????... heheeh..maaflah ye kawan2 aku dah lupa kain jenis ape...

KAT MANA BELI???? ...untuk yang jenis edisi kawin bajet macam aku ni..cadangan dan pendapat aku korang pergi jelah beli kain kat KAMDAR.. memang berbaloi-baloi....sebelum sampai ke Kamdar banyak gak kedai kain yang aku dah masuk macam NAGOYA,,GULATIS,,JAKEL,,kedai kain dekat KOTA FESYEN,.banyak lagilah tapiiii tak boleh nak challenge harga dekat Kamdar..murah dan kain pun berkualiti.. nak ikutkan kain yang dijual di Kamdar sama je dengan  kedai2 kain lain tapi dari segi harga jelah Kamdar menang lebih2 lagi kalu masa sale memang lagi murah.. Aku pulak beli masa sale jadi memang murahlah dan puas hati sangat...Taylor aku pun cakap nak beli kain nikah beli kat Kamdar je lagi murah...!!!

Untuk baju nikah lelaki pulak..mula2 ingat nak serah bulat2 pada taylor butik maksudnyer beli kain dengan butik  dan tempah pun dekat Butik Bak tapi mahal pulak kalu kain+tempah sepenuhnyer dekat butik tu kira2 dalam RM5++ kalu tak salah..huhuhu...tapi kalu kain kita beli sendiri tapi tempah je dekat dia just dalam RM2++ je...bezakan..??

#untuk baju melayu nikah lelaki aku memang galakkan korang tempah dekat Butik Bak sebab butik ni memang terbaik dalam pembuatan baju melayu..design pun cantik2 tak sama dengan tempat lain..kemasan sume puas hatilah.. butik ni bukan setakat boleh buat baju melayu nikah je..sume baju dia boleh buat tapi aku lagi berkenan dengan baju nikah yang dorang produce jelah memang smart habesss!!! Kalu dekat Melaka ni Butik Bak terletak dekat MiTC..betul2 depan Mydin MiTC...Selain itu,,butik ni ada 3 lagi cawangan kalu tak silap dekat Jalan TAR, Kuala Lumpur..


2. LACE

Baju nikah aku ni pakai lace dekat lengan dengan hujung baju kurung.. Untuk lace ni aku sempat pergi servey dekat Jakel je...Ada macam2 jenis lace dekat Jakel dari yang murah sampai yang mahal..korang pilih je mana yang berkenan.. TENGOK POKET TENGOK ADE BRAPE RM..hihi...nape aku cakap gitu??? Pada aku Jakel ni agak mahal jugaklah..huhuhu..mintak maaflah ye pada yang suka shopping dekat Jakel... kalu setakat nak buat baju raya memang aku beli jugaklah tapi sebab nama pun edisi kawen bajet so kena survey betul2 baru boleh beli...hehehe.. So,..next survey aku pergi dekat Semua House Jalan TAR..aku pergi masa nak shopping raya..kebetulan memang ada sale....aku beli dalam 1meter yang ada atas bawah kire kalu potong jadilah 2meter nanti..kan selalu orang jual 1meter yang dah siap potong tengah betul x??..Harga memang lagi murah dari Jakel..kualiti pun bagus tak keras tak kasar..memang cantik je terletak dekat atas baju... Pada bakal2 pengantin yang nak beli lace,..korang boleh singgah Semua House memang banyak kedai jual barang-barang pengantin dengan macam2 harga.. kalu korang pandai memang akan jumpa barang yang korang nak dengan harga yang berpatutan..banyak sangat pilihan dekat dalam tu...=)

 Haaa..yang selalu dijualkan dah siap potong camnikan..

Aku beli sikit lebih kurang camnilah atas bawah..kalu beli 1 meter atas bawah maksudnyer ada 2meterlah faham x..???..hihihi.


3. JAHITAN/TEMPAHAN BAJU NIKAH

Haaa...bab ni memang aku tak pening kepala sebab awal2 tunang memang aku dah mintak Antie Yen aka taylor baju nikah aku kosongkan 1 slot untuk aku dengan baju family nanti.. Antie Yen boleh dikatakan taylor family akulah sejak zaman berzaman tapi dia ni taklah tua sangat pun dalam 40an... kitaorang memang dah selesa tempah baju dengan dia..cakap je baju apa dia boleh buat..heheh.. Sebenarnya aku dah serik nak tempah dekat taylor lain sejak kejadian baju tunang aku yang hancur  di tangan taylor macam terror tuuu...huhu.. Kali ni memang aku dan nekad tempah dengan Antie Yen je.... Memang tak sia2 hantar dekat dia..baju nikah aku cantik sangat..hehehe..perasanlah pulakkk..=p Tapi memang aku puas hati dengan hasil jahitan dia kemas dan terletak dekat badan.. sama macam yang aku nak..Lagi satu pasal Antie Yen, kalu korang takde idea sangat nak wat baju camne dia akan tolong bagi idea dan jangan risau korang takkan menyesal dengan idea dia bagi.. HARGA??? tengok baju jugaklah..macam aku buat baju kurung moden dengan kain loceng..aku guna kain dalam 6 meter..2meter baju 4 meter kain...harga untuk aku dia bagi special..antie cakap.." Ni bajukan antie bagi special harga..present antie untuk awak"....rezeki nak kawen memang harga sangat2 berbaloi kalu kat luar mau kena dekat RM3++ ke atas...huhu.. Tenkiu antie...hehehe..senyum lebar mase tuuu...

4. Beading

Masa anta baju dekat Antie Yen,..aku dah servey2 tempat nak wat beading..Kat Melaka ni susah sikit nak jumpe orang buat beading.. Bab beading ni pun aku risau gak,..sebab aku nak beading warna putih silver2 tak terang sangat.. so macam susah jekan nak cari orang boleh beading ikut warna yang aku nak tu..huhu... Mula2,..tanya pengasuh anak sedara aku..Kak Tie..dia gitau anta beading kat Muar..aku tengok hasil beading kat baju dia memang puas hati penuh padat kemas..harga pun murah..Kak Tie gitau kedai antie yang wat beading ni buruk je antie ni pun dah tua.. Tapi masalahnyer jauhla pulak nak ke Muar sana...!!! Next,, aku survey dekat Fesbuk..ermmm memang banyak orang yang wat beading ko pilih je mana yang berkenan.. setakat yang aku survey aku berkenan pada hasil tangan.. Buddy Bead Soul dengan lagi satu lupelah pulak tapi orang ni duduk Perlis...Makaaiiii..jauhla pulak... Fikir2 balik dapat baju nanti dah suntuk..mesti dorang takmo terima..lagi satu aku takmolah tanggung risiko pos baju nikah jauh2..kot2 ondaway tu pape jadi kat baju nikah aku tu wat naye je....huhuh..fikir buruk dulu..!!!
Dalam pada pening fikir mana nak cari tempat beading.. tetiba satu hari family makngah aku datang umah bawak anak menantu yang baru kawen ngan gambar kawen sekali..borak punye borak rupenya anak sulung dia part time keje dekat butik pengantin di Klang..dia wat makeup dengan beading baju.... Tak tunggu lama aku terus contact Kak Nurul anak makngah aku ni..seb dia okey....Ape angin aku ntah terus caya bulat2 dengan Kak Nurul..siap je baju terus aku anta dekat dia..Kak Nurul duduk dekat Klang so aku past dekat makngah jelah.... Alhmdullah,..hasil kepercayaan pada Kak Nurul,..dia beading baju aku memang cantik sangat siap ada manik jurai2....masa hantar tu aku gitau akak buatlah camne pun janji cantik...hehehe.. HARGA..??.. macam Antie Yen jugak..Kak Nurul bagi harga special dekat aku harga pengantin..hihi.. mekasih kak... Rasenyer kalu kat luar tu  beading cam dia buat mau cecah RM400-RM500...memang penuh cantik sangat..mak aku siap dah tempah dia suh beading baju untuk raya tahun ni...

5. Tudung nikah

Tudung nikah aku beli dekat butik Elya Syazreen...akak ni ada jual online tapi nak lagi yakin aku terus je pergi ke butik dia di Bandar Baru Bangi... Bab tudung nikah memang aku cerewet sikit..aku takmo tudung sarung je,..selendang semata ke xpun tudung yang melekat dekat dahi.. Aku nak tudung awning tapi siap dengan selendang.. Survey punyer survey hanya butik Elya Syazreen je yang provide jenis tudung yang aku nak... harga pun okey tak mahal sangat..servis okey owner pun baik..heheh.. Pernah gak tengok tudung nikah dekat Ariani....mau nangis ko tengok harga cecah ratus2 selaiii...fengsan makencik...=p Awning tudung yang aku beli ni da siap lace tapi kosong so aku mintak tolong Kak Nurul beadingkan sekali awning tudung xlah nampak kosong je..

6. Kasut nikah

Setelah kuar masuk shopping mall dari Times Square sampailah ke Melaka....Last2,..jumpe jugak kasut idaman dekat AEON Bandaraya Melaka..harga dalam rm 40 lebih je..Yelah,..cakap kawen edisi budget so kenalah budget duit tak boleh beli mahal2..kasut nikah warna putih pakai pun sekali je punkan...hehehe..

# lepas siap baju siap beading total aku abes untuk baju nikah tak sampai RM300... heheehe.. jimat x.?? Kalu ikutkan baju nikah aku ni lepas aku usha2 dekat butik2 pengantin area Melaka yang amik tempahan baju nikah macam yang aku nak ni cecah dalam RM9++.... huaaaaa..mahal sangat..simple jekot setakat baju kurung moden kain ombak2 siap beading!!!!.. Baju nikah aku nipun inspire dari butik2 pengantin yang ada gambar baju nikah+majalah pengantin so dapatlah jugak walaupun tak sama sangat..hihihi... Nak wat yang canggih2 tak mampu so dapat yang hampir sama dengan harga yang mampu milik..bersyukur sangat2..=)

 Ni gambar closeup baju dah siap beading..veil +bunga tangan sewa dekat butik pengantin je..

 Ni tepek lagi satu gambar masa tengah pose atas pelamin..maap somi crop gambar awak..ngee..

Okey,..ni full gambar somi istri..baju aku simple je tapi sangat puas hati..heheh.. Nampak tak baju somi aku bahagian depan.. Design ni aku nampak dekat Butik Bak terus suke..tak pikir lama masuk butik terus tempah..hihi.. Try gak tanye dekat taylor lain tapi dorang tak buat design yang macam baju somi pakai ni..

# Untuk yang edisi kawen bajet cam aku ni memanglah kena disukat2 dan guna betul2 duit yang ada..jadi kepada bakal pengantin sebelum nak wat baju nikah survey betul2 sebelum beli...Kawen sekali je jadi mesti nak yang terbaik betul x..?? Tapi dalam pada bajet janganlah kedekut sangat..nanti dapat yang tak berkualiti lagi tak best... So,..pada sapa-sapa yang nak tempah beading ker,..nak beli tudung ker ni aku bagi link senang korang nak cari...hihih





Friday, May 16, 2014

~Hari guru datang lagi.. Selamat Hari Guru..~

Salam semua...yeayyy hari guru datang lagi...hepi2...somi aku cakap bulan Mei ni memang hari untuk aku... Nape ea.....

1. HARI IBU -11 mei (mommy to be pun boleh sambut gakkan..hihi)
2. HARI GURU - 16 mei (nama pun cikgu memangla sambut ye x)
3. BESDAY - 21 mei 

Tak ke betul bulan Mei memang hari untuk aku.. Seb baik tak kawen bulan 5 kalu tak memang berganda-gandalah celebrationnyer...

Tahun ni tema hari guru :


Masuk tahun 2014..dah 4 kali aku raikan sambutan hari guru di sekolah yang sama...memanglah sebab belum pernah tukar sekolah lagi lorr..tak terpikir lagi nak tukar tempat lain..=)

Tapi yang specialnyer tahun ni sambut hari guru dengan title 'PUAN' perut pun dah semakin maju ke depan....hehehe....

Tak banyak bezanyer dengan tahun2 sebelum ni...tugas aku tahun ni kena buat buku program untuk sambutan hari guru di sekolah...

WHATTTTT???? Weiii..mane boleh cam 2 pesal ibu mengandung tak dapat pengecualian....ibu mengandung nk hepi2 masa hari guru.... Mhuaahuaa..banyaklah ko nk rehat..tapi takpe seb dah ada copy yang tahun lepas punye takdelah susah sgt just 'edit' je... Ingat lagi kalu tak salah dua tahun lepas pun aku kena wat buku program untuk majlis ape ntah dah lupe.....sampai pukul 4 tak balik2 lagi sebab masalah nak setting printer..bile print page asyik tak betul je..mau ko takmo nangis perut dah lapo masa tu... Alhmadullillah,..tahun ni bile kena lagi wat buku program semuanyer berjalan lancar..

Okey takmo ingat benda dah lepas,...sebab semua masih fresh lagi dalam kepala otak aku ni so baik aku citer skang nanti lama2 jadi basi baru nak citer memang banyaklah yang dah lupe...=p

Macam biasa pagi2 dah berhimpun kat  Dewan Ilmu sebab hujan..kalu tak memang berhimpun dekat Dataran Perhimpunan je....kawasan luas open air lagi..Takpelah janji ada tempat nak berhimpun... 

Alaaa...ko cam tak biasa je sambut hari gurukan..cer ingat balik ape yang jadi masa hari guru...hehe.?????. Bacaan doa..ucapan guru besar...bacaan perutusan tapi bab ni kena skip sebab perutusannyer tak sampai2 kat tangan GPK....erkkkk boleh gitu..?..nth malas nak citer..hihi....

Lepas tu,..ucapan ketua murid,..bacaan ikrar, nyanyian lagu KAMI GURU MALAYSIA...memang famouslah lagu ni setiap tahun....kalu ko nyanyi tak kuat pun jangan risau sebab nanti ada backup singer tolong nyanyi skali...sape lagi kalu tak murid-murid yang setia menjadi penonton tulah yang nyanyi lagi semangat dari cikgu2nyer... 

Acara akhir sebelum turun dari pentas..para pengawas bagi hadiah pada setiap cikgu..tahun ni dapat beg lagi tapi warna hijau..huhu..tak suke warna hijau mintak tukar warna pink takpun merah tapi takde orang nak tukar..takpelah bukan aku guna pun beg tu nanti..(ayat nak sedapkan atilah tuuuu...)


 Nilah beg yang aku dapat tu..warna hijau..nak PINKKK tapi non hado yang nak tukar dengan aiii..huhu


Yang tak bestnyer..cikgu tak dapat makan freee...huhu.. Makyong ni asyik makan jekan..hihi... tak tunggu lama aku terus serbu kantin dah tak tahan sangat nak makan.. Sebab tahun ni aku pregnant so aku dikecualikan untuk terlibat dalam sukaneka..TAPIIIIII...tak join sukaneka tak bermakna anda terlepas kerana anda ditugaskan menjadi juri sukaneka...haaaaahaa..amekkkooo.. Layankan jelah kata nak hepi2kan xmo marah2....

Part paling best skali bagi guru sekolah rendah macam aku ni bile hari guru mestilah dapat HADIAH... hihi.. tak mintak pun tapi kalu dapat mestilah cikgu suke betul x...?hehehe... rasa diri dihargai dan diingati pulak.. paling wat aku rasa terharu bile murid yang selalu kena marah sebab tak siap keje sekolah dan banyak wat silap masa wat latihan yang banyak bagi hadiah... Waaaa,..engat cikgu garang dah kena blacklist dengan budak2 ni rupanya tak... Sebenarnya aku tak kisah sangat pun pasal hadiah bagi aku waktu ngajar kalu kena garang memang aku garang kalu nak marah memang aku marah tapi bersebablah.... aku takmo jadi cikgu yang selalu baik je sebab nak budak suka pada kita...sorilah yang tu bukan aku..!!!

Aku ni guru kelas tahun 1 Dinamik..kelas paling hujung skali..hihi.. Jadi faham2lah kalu budak lemah nikan..hari ni pun yang hadir ke sekolah hanya 15 orang je dari 23 orang.. biasalah budak2 kelas belakang ni kadang2 diorang tak amik kesah pun pasal majlis2 macam ni..aku pun tak tau salah sapa..ker mak ayah yang cakap takyah datang sebab tak belajar..ntahla..malas nak pikir..^_^'  Patutnyer masa belajarlah nak rasa pengalaman sambut hari guru di sekolah sebab suasana sangat berbeza dari tahun ke tahun paling tidak pun nanti dah besar boleh citer kat anak2 beza sambutan dulu dengan sekarang macam kite dulukan betul x..???

Sebab hari ni Jumaat jadi masa pendek...abis je sukaneka sume murid berkumpul balik dekat Dewan Ilmu untuk acara penyampaian hadiah sukaneka...aku pun dapat hadiah gak tapi hadiah juri jelah..hehe.. Loceng bunyi je sume balik dalam pukul 12 tengahari... 

Hari Selasa (20 Mei) sume cikgu ada hi tea dekat Holiday Inn...ermmm.. nak je tanye nape tak wat 21 mei..besday aku tuuu..hehe.. Oppsss..sorilah ye tak snap pun gambar masa kat sekolah..hp canggih sangat sampai gambar pun tak clear..huhu.. Ni balik umah baru pinjam kamera somi snap gambar yang ada je... Cian betul blogger sorang ni..=P



Hadiah anak murid bagi..heeeee...tak buka lagi sebab somi cakap buka sama2..dia pulak yang excited nak bukak hadiah.. mak aku siap suh singgah umah nak tengok aku dapat hadiah ape..tiap2 taun macam tu..mak pun suka hadiah banyak2 ye..hihi.. Mekasih ye anak2..=)



Hadiah ni pulak anak buah aku yang bagi..mak lang dia ni siap demand nak coklat je takmo barang lain..hehe..



DI KESEMPATAN NI AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA DAN KHASNYA KEPADA SEMUA GURU YANG TELAH MENDIDIK DAN MENGAJAR AKU DARI TADIKA SAMPAILAH KE MAKTAB..JASA KALIAN SANGAT BERHARGA DAN TIDAK DAPAT DIBALAS DENGAN WANG RINGGIT..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



 

Thursday, May 8, 2014

-Temptation of Wife - nasib baik tak terjebak..=p



Mesti ramai yang tengah kemaruk dengan drama Filippina ni skang betul tak..???..hihih.. Samalah dengan aku masa mula2 drama ni ditayangkan dekat tv....Aku dapat tau pun lepas aku nak tengok citer Be Careful with My Heart pun citer Filippina sebelum yang baru ni..Lor,..ciannn citer orang gaji tukar jadi pramugari tu da habess...xsempat nak tengok final episode..huhuhu..nak tengok dekat Tonton cam malas je...Masa tulah bermulanyer pertemuan aku dengan citer si Marian Rivera ni..=D

Mula-mula tertarik dengan citer ni pun sebab ada Marian Rivera..mokcik memang suke dengan dia niii..hehehe.. Lepas dah tengok terus suke pulak dengan jalan citer drama ni TAPIIII ada satu sikap aku yang tak berapa nak sopan..TAK SABOORR....hihi..abes je citer ni terus aku bukak youtube nak tau sambungan citer si Angelica ni.....kannn betul tak aku cakap tak saborrr sangat nak tunggu esok...dekat Youtube citer tak penuh lompat2 pas2 sekerat2 je....tak kesahlah janji dapat tau apa jadi last skali...hihihi... Tak syokkkan aku ni..kalu dapat kawan yang jenis suka tunggu sampai abes episod mau aku dah kena pelangkung wat potong mud je kawan 2 nak tengok..hehhee...

Sedihlah jugak last episode adalah akan2 macam citer Andai Itu Takdirku yang tayang pukul 7 kat TV3 jugak tuuu..tapi sebab hero jahat pas2 heroin dapat hero baru yang handsome jugak takdelah nak sedih sangat..hihihih..

Kalu nak diikutkan aku ni memang selalu terjebak dengan citer Filipina yang tayang setiap pukul 3 sebab kebanyakan sume best2 sebab tu kalu ada je meeting kat sekolah lama2 mesti tak suke sebab nak kejarkan citer kat tv..terukkk2..hihihi..

Tapi lain plak dengan kes citer si Angelica ni..nasib baik tak terjebak n addict sampai nak emo2 bagai..hehehe...sebab aku dah tau ending ngan jalan citernyer so takdelah nak follow je hari2...

So pada sapa2 yang takmo terjebak dengan citer2 camni sampai hari2 nak kena ngadap je..dah keje lain tak boleh nak wat takke parah dah namanyer 2....nasihat aku pagilah google sampai jumpe tengok sampai abes kalu boleh...tapi tak jamin tau korang punye addict tu boleh hilang..hihihi..

Teringat pulak dulu terjebak dengan citer Marimar giler kentang emo aku sampai terjerit2 depan tv nak2 masa final episod yang ada scene lawan2..masalahnyer ayah aku pun sama je 2x5 ngan anak dia..siap cakap..HAAA AMEK KO..JAHAT SANGATKAN..PADAN MUKE KENA MAKAN DENGAN BUAYA..hahahaaha...tengok sampai camtu skali penangan citer Marimar..

Okey..tu jelah nak citer..hihi... Pada yang dah terjebak tak boleh nak patah balik..selamatlah menonton sampai episod bape aku pun tak tau..Bukan tak elok pun tapi nanti jadi cam aku dulu ngadap je tv dah abes citer baru boleh gerak wat keje laen.. Kalu tangan tu tengah stepler kertas sanggup berenti satu jam pastu sambung balik..hihihihi..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...