Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Thursday, June 5, 2014

#throwback - majlis kahwin

Salam semua..hari ni nak sambung balik pasal citer kawen yang tak abes2 lagi... disebabkan sekarang tengah cuti sekolah dapatlah wat banyak entri pasal kawen dengan pregnancy..

Oke,..citernyer gini..hehe.. Masa majlis tunang memang aku kalu boleh takmo guna mana2 khidmat butik pengantin kononnyer nak jimat koslah..baju makeup sume nak sendiri tapi siapa kite yang hanya merancang tapi segalanya Allah swt dah tentukan.. Disebabkan baju tunang aku yang dah hancusss 2..akhirnya aku akur juga untuk menggunakan khidmat butik pengantin..

Nasib aku memang baik jugaklah tinggal lagi beberapa hari je lagi sebelum majlis tunang..mane ko nak cari baju yang ngam dengan badan ko...sedih betul kalu diingatkan balik..huhuh.. Nasiblah adik aku ni dulu pernah keje partime butik pengantin kawan dia..haaa..kat situlah aku sewa segalanya..nak citer panjang2 pasal tunang nanti ea..next entry...=p

Untuk majlis resepsi belah aku dengan somi memang kitaorang awal2 dah round Melaka pergi survey butik2 pengantin yang ada.. banyak jugaklah butik yang kitorang dah kuar masuk..tengok2 baju makeup dengan amik quotation sekali.. Cehhwahhh..cam nak wat umah pulakkan...hihi..

Tapi aku nak ingatkan kat sume bakal pengantin,..bile pergi survey tu tanya sume yang korang nak tanya tapi jangan terus booking pulak.. kumpulkan sume maklumat yang ada pastu pilih mana yang sesuai dengan korang.. nasihat aku ni untuk yang dah pergi survey awal2lah tapi yang  pergi last minute tu korang grab jelah mana2 butik pengantin yang ada.. Yelah,..sekarang ni kena booking awal2 kalu tak memang penuh jelah..

#Tips untuk bakal pengantin yang takde masa nak pergi survey butik2 pengantin ni aku cadangkan korang rajin2lah pergi ke PAMERAN PENGANTIN yang memang selalu diadakan di Melaka..tak kesahlah anjuran sapa sebab kat situ jelah masa korang boleh tengok sume butik pengantin yang ada kat Melaka berkumpul bawah satu bumbung.. Selalunya pameran pengantin ni diadakan di beberapa tempat seperti :

1. MYDIN MITC
2. MELAKA MALL (depan AEON Ayer Keroh)
3. AEON BANDARAYA MELAKA

Jangan risau kalu korang taktau bile sebab memang banyak banner yang akan digantung di sekitar Melaka nak promosikan pameran pengantin anjuran orang2 tertentu ni..just alert jgn sampi terlepas tarikh naaa..hihi..

Bagi majlis belah aku pulak..aku guna khidmat butik pengantin ANDAMAN SERI SELENDANG.. masa mula2 pergi butik dia memang ko takkan sangka tu butik pengantin sebab luar cam setinggan tapi bila ko masuk je dalam butik tu..perggghhhh..macam kondolah..hehehheehe.. Siyes,..masuk je butik dia memang banyak baju cantik2 ko pilih je mana yang ko suke.. Dekorasi butik pun walaupun tak besar tapi cantik terus ada mood nak kawen..kih3..

Disebabkan aku ni takde warna tema,.. ikut sukati akulah nak pilih baju yang aku berkenan..agak2 cantik aku amik je.. Tapi aku ni rambang mata  adalah dalam 2-3 kali jugaklah aku tukar baju nasiblah Bedah dengan Kiah tak marah... Servis dorang pun bagus ikut je kepala aku yang tak betul ni takde merungut pun layan kerenah customer cerewet yang sorang ni..hehehe..

HARGA?.. Untuk harga pulak butik ni menawarkan pakej harga yang berpatutan dalam RM2K++... Memang puas hatilah..dari segi baju dan hiasan pelamin.. sume ikut cam yang aku nak.. Tapi,..aku just amik aksesori untuk nikah, baju malam berinai dengan baju resepsi je..makeup pengantin untuk tiga majlis ni aku guna khidmat orang lain.. Bukan sebab makeup butik ni tak cantik tapi aku memang awal2 dah booking freelance luar since aku tunang lagi..

Belah somi pulak,..guna khidmat butik pengantin lain pulak.. Tak tau camne boleh confident sangat terus serbu butik pengantin ni..engat nak gi survey je tup2 terus booking sekali.. Ko tengok kuat tak aura butik pengantin ni.. heheh... Somi guna khidmat butik pengantin SAYANG CREATION.. butik ni terletak sama bangunan dengan HOTEL KING depan Hospital Pantai... Dari segi servis memang okey,..takde masalah.. yang aku suka bab butik pengantin ni ialah hiasan pelamin.. kreatif dan menarik.. Makeup pun cantik.. harga untuk belah lelaki RM1K++.....  Sama jugak kes cam belah aku, kitaorang ada masalah dalam nak pilih baju sebab tema belah somi warna hijau so 2-3 kali jugaklah tukar baju seb Pak Mus tak marah layankan je..=P

Baju malam berinai..somi aku paling nyampah tengok gambar ni sebab muke dia dah cam ape nth pakai tarbus kat kepala tu..hahaha..


Resepsi belah perempuan.. pilih punye pilih last2 aku amik baju warna coklat silver.. nama pun orang takde temakan.. yang mana cantik 2 yang aku pilih..hihi..


Majlis bertandang belah somi..aku suke deco pelamin ni simple tapi cantik..=)

Ni pelamin umah aku..memang nak warna pastel xmo sama dengan baju dan warna khema.. kalu dah sume sama orang tak nampak pulak pengantin besanding kt pelamin..=p

Asalnya aku nak guna khidmat butik pengantin EZANABIL tapi dah sampai Telok Mas taktau mana satu butiknya..cari punya cari rupanya dia jalankan bisnes dekat rumah tapi masa tu cam malas je nak call sebab umah cam bertutup je takpelah takde rezeki aku kot.. Sekarang butik ni dah launch butik pengantin diorang sendiri kat Teluk Mas jugak...

Lagi tips untuk bakal2 pengantin untuk pilih butik pengantin..ni just pengalaman aku jelahkann :

1. Lagi baik survey awal2 takut nanti dah full booking pulak nak2 butik pengantin yang memang femes nikan lambat je tarikh orang lain dah amik..

2. Dalam pada survey tu,.. korang kena pastikan tak RAMBANG MATA cam aku,..pergi masuk sume butik tapi last2 tak tau nak pilih mana satu...hihi.. Pastikan kumpul maklumat pas2 pilih cepat2 nanti lagi pening kepala ko..

3. Masa pegi survey,..ko tanyelah pasal baju,..tengok hasil makeup..tanye sapa yang makeupkan kalu nak perempuan gitau awal2 pastu tengok hasil makeup mua 2.. hiasan pelamin..sumelah..

4. Bila dah konfem nak bayar deposit,..pastikan sume yang korang mintak kire dah deal dengan owner butik ditulis di atas resit pembayaran.. bukan apa nanti masa majlis ada je yang takde sedangkan dalam perjanjian dah gtau.. So,..sume mesti ada hitam putih takmo cakap mulut je..

5. Lagi senang takmo serabut2 kepala,.. korang pergi jelah booking dekat Pameran Pengantin.. harga rasanyer sama je dengan walkin dekat butik just senang jelah sume ada bawah satu bumbung..tak payahlah korang nak menapak satu2 butik..penat tau..!..lagi satu kalu booking dekat pameran pengantin maybe ada bagi special gift ker..ni aku tak pastilah aku raselah..

6. Pastikan korang dah ada warna tema siap2 supaya misi pencarian dapat dikecikkan..hehehe.. Senang ada warna tema tak payah pandang baju warna lain.. jangan jadi cam aku takde warna tema aku sebat je mana yang aku suke.. tapi pening gak kepala mak andam nak pilihkan untuk aku.. Sebab tu kena ada warna tema siap2 supaya ko dengan orang keliling ko tak pening..hihi..

6. Last sekali,..pastikan korang buat followup dengan butik pengantin ni kalu boleh sebulan dua sebelum majlis..kalu tak salah masa ni nanti akan ada sesi pilih dan fitting baju.. dah dekat2 majlis datang lagi sekali nak wat last fitting mana tau saiz tak sesuai ker...

# Okey tu jelah,..tips daripada pengantin yang tak berapa nak baru ni.. Harap dapatlah bantu bakal2 pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan.. takmo pening2 wat slow2... Kat bawah ni aku share  beberapa butik pengantin sekitar Melaka jelah pas2 korang boleh cari dekat fesbuk..mane tau boleh membantukan..lagi satu try ke link fesbuk PAMERAN PENGANTIN MELAKA.. dekat situ pun banyak gambar dan link ke butik2 pengantin di Melaka...=)


SAYANG CREATION
ANDAMAN SERI SELENDANG
BUTIK ANDAMAN INTAN
GEE CANTIK
BUTIK ANDAMAN IMPIANA
D'APPLE BUSANA BRIDAL
BUTIK PENGANTIN PESONA KASEH
MENTARI KREATIF
BUTIK ANDAMAN RIROSSA
D'ORANGE BEAUTY (ANDAMAN)
SERI ANDAMAN NORMALA
EZANABIL BRIDAL
ANDAMAN ZIELA

# banyak lagi butik andaman sekitar Melaka ni..senang2 pergilah survey yee..hihi..ni mana yang aku engat jelah.. maceh..



1 comment:

  1. thanks for ur info. sgt membantu. sy b2b 2015 dari melaka. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...