Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Thursday, June 5, 2014

....serba-serbi pasal kahwin.....

Salam..sambung balik pasal citer kahwin.. Entry kali ni aku nak rangkumkan sume skali pasal majlis kahwin aku bulan November lepas.. Ada yang boring..???..hehehe..janganlah boring ni sekadar perkongsian dan untuk aku kalu agak2 dah lupe boleh bukak balik post2 pasal kawen yang lepas2 ye tak..hihihi..

Macam biasa..aku lagi suka citer ikut nombor kalu hal2 yang macam gini senang nak faham dari buat karangan berjela2 tapi takde perenggan..susah nak baca dan faham..  Sebenarnya nak prepare majlis kahwin ni bukan mak ayah je yang busy tapi kite sebagai pengantin lagi 10x busy nak fikir macam2 perkara..bak kata mak akulah nanti mak yang pilih ko cakap tak canteklah tak sesuailah..hehehe.. Baekk makk memahami kehendak hati anaknyer...=D  Jom, mula dari nombor 1 jangan malas2 ye terutamanya kepada bakal2 pengantin tak rugi pun kalu baca lebih2 lagi yang edisi kawen bajet cam makencik niiii..hihihi..

1. MAJLIS NIKAH
 
Untuk majlis nikah ni,,vanue di surau taman perumahan aku je tak jauh dari rumah.. Mula2, engat nak buat kat masjid taman sebelah.. MOTIF??.. suasana masjid lagi cantik kalu nak amek gambar..hihi.. Tapi ayah aku cakap susah laen2 kariyah.... lagi baik buat kat surau je dekat pun dekat tak menyusahkan orang..huhuh..Baekk ayah..sedihnyer tapi ikutkan jugak..terus terpadam angan2 nak nikah kat masjid.. Aku nikah lepas semayang Jumaat dalam pukul 3 petang jugak mulanyer..sekali lafaz je tauuu...hihih...aminnnn..

 Moment akad nikah..ayah aku yang nikahkan..hehehe.. Agaknyer kalu toreh muke tu tak kuar darah kot nerves punye pasal..kih3..

Doorgift untuk majlis nikah..?.. NON HADO....hahaha..teruk tak aku.. Lepas nikah,,..ambil gambar dalam surau lepas tu terus gerak pegi dekat pelamin sambung amik gambar.. Tetamu jemputan pegi makan memang ada sediakan makanan untuk orang sebelah..

2. MAKEUP

Sebelum ni aku ada gitau makeup aku pakai freelance luarkan.. Ye,..tak amik pun pakej makeup dengan butik andaman.. Sebenarnya,..akak ni memang dah makeupkan aku since bertunang lagi.. Aku kenal akak ni masa beli barang dekat Sendayu Tinggi Bukit Baru.. dia keje kat sana.. sebelum ni dia makeup kat dalam studio je tapi aku yang paksa dia datang umah makeupkan aku masa tunang..hehehe.. Puas hati dengan makeup dia terus aku booking untuk majlis kawen aku..  Harga?..aku tak pasti pulak sekarang cas dia berapa tapi rasanyer tak sampai RM3++ ....Siyes,..makeup dia memang cantik,..harga berpatutan,..paling penting perempuan...!!

Masa bertandang,.. aku makeup dekat butik je sebab Pak Mus cakap senang sume kelengkapan ada dekat butik.. Okey,..malas nak panjang citer aku ikutkan jelah..yang makeupkan aku LELAKI tapi bukan pondan tau..hihi.. Dia makeup pun cantik sampai nak tertido aku..hasil memang tiptop.. !!! Makeup ni termasuk dalam pakej perkahwinan belah lelaki so aku tak taulah sekali makeup dia cas berapa..?? Ni aku bagi link fesbuk bagi MUA belah lelaki..yang perempuan tak berani nak bagi lorr tapi kalu korang nak nombor akak tu korang boleh pm aku ye..=)



3. INAI/HENNA

Sepasang dalam RM100... tapi nak lagi kreatif rasanyer ada penambahan harga... Inai kat tangan dengan kaki aku ni kawan yang pakaikan..taklah cantik sangat tapi puas hatilah jugak.. Yang tak bestnyer,..pakai inai yang tumbuk 2 letak dekat jari nth kenapa tak pekat2 last2 pakai inai dalam tiub je letak kat jari kaki tangan sekali... Harga.??...free je tak kene bayar pun...maceh bff..hihi..

Ni ukiran inai bff buat..bese2 je tapi nak siapkan sampai pkul 1 pagi..termasuk inai kat jari sebabnyer inai tak merah2..huhu.. Tu yang pakai inai tiub je beli dekat Jalan Bendahara @ Little India Melaka


4. KOMPANG

Ni pun satu hal jugak..nyaris majlis umah aku pakai kompang record je..huhu.. Citernyer dah tempah awal tapi pasal ape nth terpaksa cancel last minute... Kelam kabut jugaklah akak ngan ayah cari kompang lain.. call banyak tempat tapi dah penuh.. Nasib baik dapat jugak kompang kawan ayah... Pakcik tu gitau malam berinai memang free just Sabtu je ada 1umah so takmo panjang citer aku gitau berarak dalam pukul 12.30tgh sebab lepas tu diorang nak pergi majlis umah lain pulak...

# Tips untuk bakal pengantin yang dah booking kompang awal2,..makesure korang followup balik dengan owner pasukan kompang ni.. takut jugak dia lupa tarikh ke dah tertindih masa dengan umah lain ke..kite tak tau tapi nasihat aku followup baliklah.. Ingatkan bila majlis akan berlangsung dan paling penting bagi alamat umah takut diaorang sesat pulak...hehehhe..

5. DEEJAY/PA SYSTEM

Macam kompang..deejay pun kena booking awal..nampak simplekan tapi takde 'orang penting' ni memang suram majlis kahwin silap2 pasang radio sendiri jelah...huhu.. Masa aku sume booking awal tahun.. guna deejay yang sama masa akak aku kawen dulu..

Belah somi,..tak susah sangat sebab pakai katering so deejay dah masuk sekali dalam pakej.. senangkan tak yah pening2 kepala..!!1

6. HANTARAN

Hantaran masa tunang aku beli barang then aku hantar  dekat kedai depan dengan TONGHUP.. Kedai tu buruk je tapi hasil tangan akak ni memang super powerlah.. Akak ni nama dia Norisa kalu tak salah..memang baik ko cakap je nak camne nanti dia boleh gubahkan.. Kedai ni juga sediakan khidmat sewaan hantaran..jangan risau sebab walaupun sewa dia akan gubah ikut kehendak pelanggan..harga pun berpatutan sangat..!!! Maybe sebab kedai dia sewa tak mahal sebab tulah kot dia boleh amik upah hantaran tak mahal sangat..aku ada gak servey tempat lain sedulang ada yang sampai cecah rm1++..mahaiiii..

Lepas tunang aku try survey kat Jasin sebab kawan aku cakap ada yang lagi murah sedulang dalam RM20.. haaaa..amekkk ko murah giler.. kedai ni pun jenis sewakan hantaran.. Dah pergi tapi rupanya hantaran sume dah siap deco tak boleh ubah ko just letak barang je kat dalam tu.. Ermmmm,..patutlah murah je.. tak bestlah kalu 10 orang guna dulang hantaran yang sama design..

Nak dijadikan citer masa pergi beli barang kawen dekat Ayer Hitam, Johor.. jumpe satu kedai perkahwinan yang tawarkan harga 7dulang tak sampai rm300..siap deco dalam bekas ada kaki lagi tu.. Disebabkan aku tak bawak barang-barang hantaran kecuali bekas jam je ada pada aku so aku suh dia deco bekas hantaran kosong je tapi aku suh wat 8 dulang termasuk sirih junjung..kena cas RM350.. Isi dalam bekas hantaran pulak aku mintak bff yang tolong gubahkan..nak suh aku gubah memang ke lautlah jawabnyer..hehehe..

 Warna biru tu hantaran belah aku..tak nampak sangatkan..gambar lain takde maap..

7. KAD KAWEN

Okey..kad kawen pulak aku tak survey merata macam butik pengantin..aku pergi dekat pameran pengantin survey yang ada kat dalam tu je.. Sume cantik2 dengan macam2 harga..ada yang siap bagi FOC macam2 sampai kadang2 aku terfikir harga kad yang ditawarkan macam termasuk sekali harga gift yang diorang bagi pulak..hihiihi.. Mane taknyer offer sampai 10 free gift tapi harga kad tak masuk akal..haisshh..

Aku terus booking masa tu jugak untuk kad kawen sebab dah jumpe yang berkenan di hati..hihi.. Aku pilih galeri kad kawen ZR.. Sebab ape? Lepas buat kira2 dengan somi (masa tu tunanglah)..kad kawen ZR ni aku rasa yang paling murah.. Kitaorang pilih kad kawen yang lipat dua.. sekeping jatuh dalam xsampai RM0.30.. murahkannnn.? Tapi ada syarat nak tempat mesti kuantiti 1000 keping, 2000 keping.. tak boleh separuh macam 500 ratus..

>Jadi aku tempah untuk 1000 keping dapat free gift 1000 tq tag,..1 banner, 2 penunjuk arah..=)


#Tips seterusnya..nak tempah kad kawen pergi terus masa pameran sebab nanti dapat macam2 free gift.. harga memang dorang tak boleh bagi murah tapi korang kena pandai pilih.. Macam aku pilih kad kawen ZR pastu dapat freegift TQ TAG, PENUNJUK ARAH + BANNER.. masa kad kawen siap nak tau tak dorang lebihkan kad 2 dalam 2++ keping..banyakkan.. Harga sekeping kad kawen termasuk harga sampul tapi aku tambah tulisan kad depan so kena topup dalam RM50.... Kawan aku pun buat tempat yang sama tapi dia terus pergi kedai so dapat buat kad jelah takde free gift... Nampak untung tak booking awal2 kat pameran pengantin..!!

 ..Ni contoh kad kawen aku lipat dua..

8. DOORGIFT

Doorgift punye gambar takde....aku citer serba ringkas jelah ea.. Belah aku,..ada dua jenis doorgift dengan saiz kotak yang berbeza..

a. tetamu jemputan - kotak kecil putih (MINERAL WATER + SWISSROLL + MINI NIPS)

b. kenalan rapat dan orang sebelah - kotak besar silver (MINERAL WATER+SWISSROLL+MINI 
   NIPS+ REMPEYEK)

 Kotak putih ni yang aku guna beli dekat kedai jual barang2 buat kek dekat2 dengan Stadium Melawati Shah Alam.. (ihsan gambar google)


 Dah siap sebijik cam dalam gambar ni..hehehe..

Kotak silver pulak cam dalam gambar ni yang hujung belah kiri (ihsan gambar google)

 Hasil tangkapan..cari punye cari jumpe gaklah gambar doorgift orang sebelah..teruk aku ni..hihi.. Untuk sume doorgift tengah2 aku tampal TQ Tag..


Air botol kecik 2 aku isi dalam kotak doorgift..yang besar pulak letak atas meja tetamu.. Ayah aku beli dekat kilang Sea Master, Balakong.. Kalu korang ada pengangkutan nak ke sana better beli kat sanalah memang murah yang amat.. Aku yang request nak air botol kecil comeyy tu..yang bese2 orang pakai mineral cup jekan..ngadakan..=p

Nips beli dekat Pasaraya Cowboy tapi yang kecik2 + swissroll beli dekat Family Store Batu Berendam (orang Melaka kalu nak beli borong pergilah dua tempat ni memang berbaloi-baloi)

Last skali..REMPEYEK disponsor oleh maklong aku..hehehe.. Pada sape2 nak order boleh direct terus ke fesbuk anak dia... Terbaekk rempeyek ni baru letak atas meja dah abes terpaksa topup banyak2 kali..aku pun boleh abes sebalang kalu hadap je benda makan ni tau...!!





9. FOTOGRAFER

Fotografer adalah perkara paling mahal selepas mak andam betul x..? Nak nangis jugaklah tengok quotation beberapa fotografer yang sempat aku survey ada yang sampai cecah 4k.. huhu..

So,.takmo pening2 kepala aku amik fotografer yang sama dengan akak aku kawen dulu..untuk 4 events termasuk belah somi dalam RM2K++ ....hasil memang puas hati jugak...hihi..


# Ini pun sama buat followup kena ingatkan balik cameramen tarikh majlis takut dia lupa..lagi bagus bagi kad sekali sebab dia nak datang camne kalu tak tengok map..=p


= photobooth,centerpiece, segala bagai yang kreatif2 sume aku tak buat pun tak sempat nak fikir just buat yang penting2 je.. Tapi kalu jenis yang rajin dan kreatif tak salah pun kalu nak buat sume ni lagi best rasanya majlis tu nanti.. Yang penting lepas majlis selesai je aku dah lega..hehehe..



Itu jelah kot.. pasal kahwin yang boleh aku share dengan korang.. harap dapat membantu bakal2 pengantin dekat luar sana..



1 comment:

  1. Salam akak tahu tak kat mana kedai barang hantaran kat melaka ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...