Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Wednesday, March 13, 2013

DUit oH Duit....

Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit betul tak.? Ni tengah pening kepala dari lepas majlis tunang sampai sekarang sibuk mencongak duit..cukup ke tak ni nak kawen ujung tahun ni..huhu..

              Waaaaaa.....kalaula aku ada duit banyak ni.. Syorga.!!


Memangla duit tak cukup pun kawen gak tapi serba-serbi nak kena bayar jadi kalu kawen duit tak cukup camne nak bayar mak andam..fotografer..khemah...etc2... Mau bergaduh kalu tak habis bayar nanti..hehe..

Kadang-kadang mengeluh gak sebab nampak macam gaji besar tapi tolak kiri tolak kanan tolak depan belakang yang tinggal hanya cukup makan... Nak harapkan mak ayah memang tak boleh sangat sebab diaorang pun ada komitmen lain kalu boleh tolong pun sikit je..

Masa keluar dengan tunang aku ada jugak bincang pasal benda ni siap aku cakap " camne nak kawen ni dah makin dekat tapi duit tak cukup-cukup..duit awak cukup tak"....dia pun tak tau nak cakap hanya boleh kata adalah simpan ckit..huhuhu... Last skali masing-masing malas nak pikir..tension punya pasal aku dengan tunang makan sampai lebam..hahaha..boleh cam giteww...

Jumaat lepas segala-galanya berubah bila kak ngah terjumpa jutawan Elken.. Cikgu Zainal kat Perodua.. Dalam pada sibuk nak uruskan pembelian kereta..dia pakat ajak akak dengan aku pergi umah dia sebab nak cakap pasal bisnes Elken....Honestly, aku memang berminat mana taknya nak jumpa orang yang dah berjaya tapi semangat nak join bisnes dia tu agak kurang sebab aku lagi berminat nak pakai korset Elken daripada join bisnes Elken..hehe.. Yelah dalam pada sibuk nak saving masa tu gakla berat badan dah naik..satu hal pulak nak kena kurus... Lemak aku pulak bukan sebarang lemak memang lemak tepu kaw2...bukan boleh buang dalam sebulan dua..huhu..

                      Cikgu Zainal bin Lajis..Jutawan Elken


Puas fikir adakah yang datang ini adalah PELUANG yang ingin membantu aku mengubah kehidupan 360 darjah atau sebaliknya dalam keadaan yang aku amat memerlukan duit bagi majlis kawen aku nanti...!!! Huaaaa..pening tapi fikirkan kata Cikgu Zainal just go with the flow..Kesimpulannya,.tak payah banyak bantah just ikut je sebab bukti kejayaan orang dalam Elken memang dah terbukti pokok pangkal diri kita sendiri.. Tapi aku cakap kat diri aku takpe try guna korset dulu kalu berkesan baru aku boleh promotekan dekat orang lain..xbolehla main redah je semata-mata nak duit sanggup bagitau customer produk bagus sedangkan kita sendiri tak gunakannya..Tu pendapat aku jelah...


Bak kata orang..... PELUANG DATANG BERGOLEK HANYA SEKALI KALU KITA TAK MANFAATKANNYA DENGAN SEMAKSIMUM YANG MUNGKIN KITA SEBENARNYA TELAH MELAKUKAN SATU KESILAPAN DAN SANGAT RUGI..betul tak kawan-kawan...=)


....................................................miszpumpkin.......................................................



1 comment:

  1. BUAT DUIT $3-100 PER HARI TANPA RASA RUGI TANPA MODAL PELUANG DAHSYAT KLIK LINK INI BOLEH CUBA HANYA BEBERAPA MINIT DAH DAPAT $3
    http://faceblogzero.blogspot.com/2014/06/buat-duit-3-100-per-hari-percuma.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...