Okey nak citer pasal produk kecantikan yang pernah aku gunakan mula dari aku kenal makna 'KECANTIKAN'... Sebelum tu, nak bagitau apa yang aku tulis ni bukan untuk memburukkan produk tersebut tapi aku tulis berdasarkan pengalaman aku menggunakan produk tersebut. Mungkin kesannya berbeza bagi setiap orang yang menggunakannya..
Sehingga umur aku 26 tahun pada tahun 2013 ni memang dah bermacam produk skincare dan produk dalaman yang aku gunakan.. Ada antaranya yang baik dan ada juga sebaliknya tapi yang aku tulis ni mana produk yang aku ingat jelah yang tak ingat camne nak tuliskan...hehe..
1. EVERSOFT
Haaa....ni produk pencuci muka yang aku pakai zaman berzaman tapi pencuci muka jelah..Sebab apa aku pakai pencuci muka ni...sebabnya mak aku yang beli tiap-tiap bulan..hehe... Nak beli lain takde duit pas2 belum tahu okey ke tak kat muka aku...
Sepanjang aku gunakan pencuci muka Eversoft alhamdullilah takde apape kesan buruk kat muka jerawat dan sewaktu dengannya tak muncul pun kat muka.. Senang citer produk ni memang berkesan kat muka aku dan sampai dah keje pun kalu pencuci muka aku dah habes aku akan gunakan pencuci muka eversoft mak punya...hehe..
2. OLAY TOTAL EFFECT
Produk ni aku guna pencuci muka dengan krim je 'moisturiser' tapi aku pakai tak lama dan tak habes....Sebabnya tak sesuai dengan kulit aku..tak tau kenapa sejak pakai Olay jerawat dua tiga biji akan keluar dengan tak malunya kat muka ni.. So, kesimpulannya memang aku tak pakaila produk ni sebab tak sesuai..takut gak makin pakai makin teruk muka pulak..Last2 bawak balik bagi mak ngan adik pakai..
p/s...aku je tak sesuai pakai Olay ni tapi akak ngan adik aku takde masalah pakai Olay dan untuk pengetahuan akak aku adalah pengguna Olay sejak lebih 10 tahun..dasyatkan dah boleh jadi testimoni pulak...hehe..
3. NATASYA SKINCARE
Aku beli sebab nak nampak cantik.. mula-mula pakai memang pedih tapi muka jadi putih.. Sebab tak tahan aku pun berhenti pakai. Jangkamasa pakai dalam sebulan je.. kesan memang ada tapi muka sakit sikitla mungkin sebab produk ni menghakis kot..
Lepas aku berhenti dalam jangkamasa yang lama, aku try blek pakai produk ni tp sedihnya langsung tak berkesan kat muka aku lagi.. Cam bese terus masuk tong sampah setelah sekian lama didisplay kat atas rak...huhu..
4. SAFI BALQIS
Sebut pasal Safi Balqis mesti dah ramai yang guna produk nikan untuk mendapat kulit yang halus, mulus dan putih.. aku pun dah guna produk ni since aku sekolah menengah lagi tapi yang tutup botol warna hijau.. Honestly,..aku memang dah banned produk ni sebab aku ada bad experience dengan produk Safi Balqis tutup warna BIRU sahaja bukan yang HIJAU..huhuhu..
Camne boleh jadi camni....type kulit aku ialah oily and sedikit saja jerawat xbanyak pun tapi masa dekat maktab ramai sangat pakai produk ni dan jadi cerah terus aku pun terpengaruh.. Nak dijadikan cerita aku terus beli 1 set produk ni tutup warna biru.. Seminggu pakai terus naik jerawat memang pelik tapi teruskan jugak sebab ingat ni hanya sementara waktu je tapi lepas diteruskan buat minggu yang kedua...Ya Allah..kulit aku makin teruk..! Aku terus stop produk ni tapi kesannya muka aku berjerawat keras-keras,,banyak satu muka dan bernanah...huhu... Pergi jumpa doktor dan doktor cakap ni bukan jerawat biasa tapi radang kulit... Huaaaaa,...nangis aku dengar...masa tu memang down giler2..malu nak face orang ramai..
Lama gakla aku suffer benda ni..pergi macam-macam klinik dengan hospital tapi tak baik jugak.. Last skali aku jumpa klinik kulit ape ntah namanya kat Jalan Ong Kim Wee....beransur-ansur pulih tpi tu pun aku guna Proaktif baru gi klinik... Kesan daripada penggunaan ubat doktor..kulit aku menjadi hitam kusam memang tak cantik..lama gile kulit aku macam tu sampai abes maktab.. Boleh bayangkan tak,..nightmarekan...huhu..
So, pesanan aku kepada yang nak menggunakan produk ni hati-hati pastikan kulit anda betul2 sesuai dengan produk Safi..jangan jadi macam aku pulak.. cuma yang Safi tutup hijau okey kot..tak penah pulak cuba lepas kejadian ni..memang tak berani pun nak cuba lagi..
5. PROAKTIF
Aku kenal dengan produk ni dengan kawan aku Gee,..dia pakai sebab dulu muka pun teruk..lepas risik-risik dia cakap beli produk ni dekat Sinma.. Banyak gakla soalan aku tanya before beli Proaktif.. Da faham and confident level agak tinggi terus aku beli produk ni.. Alhamdulillah, lepas pakai satu set produk ni kulit aku beransur baik tapi sebab mahal sekali je pakai terus gi klinik kulit..
Tapi kulit aku tak baik sepenuhnya sebab tetiba jadi simptom dia naik banyak jerawat tapi tak seteruk dulula... lepas aku stop ubat klinik sebab muka dah jadi hitam kusam..aku try guna blek Proaktif tapi macam takde kesan lagi kat muka..huhu..Last2,,pakai pun tak habis gak..
6. PUTERI REMBULAN
Aku pakai produk ni sebelum muka jadi radang kulit.. Apa yang boleh aku katakan pada produk ni aku hanya suka pakai krim muka je..yang lain-lain tak berapa nak sukelah tak tau kenapa..hihi.. Krim warna kuning kalau tak salah.. Kesan kat muka..ermmm..biasa-biasa jelah...
7. TIA AMELIA
Pernah pakai jugak produk ni tapi tak engat sangatla kesan kat muka aku..rasanya ada kesan tapi tak banyakla.. Tapi kawan-kawan dan cikgu skola masa praktikum pakai memang berkesan sebab muka jadi halus dan putih.. yang pasti ada kawan bagitau produk ni dah jadi produk yang dilarang pakai sebab ada kesan sampingan.. Tak taula betul ke tak kalu nak tau citer tryla google sendiri...hehe.. Lagi 1 sabun produk ni agak pedih sedikit bila digunakan dimuka kadang-kadang tak tahan jugak bile guna kat muka aku..
8. SF BEAUTY
Aku kenal produk ni dari kawan sekolah aku.. Mula-mula pakai sebab nak hilangkan jerawat tapi tak sangka pula niat nak hilangkan jerawat terus merawat kulit muka aku yang kusam.. Seriously,..produk ni memang berkesan selain menghilangkan jerawat dan jeragat ianya mampu untuk mencerahkan kulit..
Mula-mula pakai memang oily sikit tapi takpe sume tu hanya sementara sahaja.. Sampai sekarang aku pakai SF Beauty tak tukar pun produk lain sebab dah serasi..
Dulu ada gakla try jual kat dalam blog tapi sebab susah nak dapat stok produk ni terus aku stop jual.. Masalahnya blog yang aku create nak jual produk ni tak boleh nak ditutup sebab lupe password.. dah satu hal plak timbul orang asyik mesej-mesej nak beli.... Minta maaf banyak-banyak takmo tanggung risiko jual produk takde dalam tangan.. kalu nak dapatkan advise pasal produk ni dipersilakan aku tak lokek nak sharing..=) Sapa-sapa yang nak beli produk ni boleh cari kat facebook...dah ramai yang jual jadi takde masalah pada yang nak membeli..
p/s : highly recomanded pakai produk SF Beauty dengan Berrygen Tupperware memang meletup..!!! Kesan lagi cepat dan hebat.. Tapi sekarang Berrygen dah upgrade dengan tambah gluthathione dan stem apple yang mana kulit aku memang alah pada glutha..So sekarang ni hanya maintain SF Beauty dan pasal makanan dalaman selalu tukar-tukar..
9. GLUTHA WHITE DAN MINUMAN COLLAGEN YANG ADA DI PASARAN
Aku dah cuba banyak sangat produk kolagen yang dijual di pasaran.. caya x..??? Percayala sebab aku selalu naik dan turun bas dekat Melaka Sentra..dekat dalam MC banyak kiosk dan kedai yang jual produk kecantikan jadi senanglah nak membelinya.. Setelah beberapa lama pakai baru aku perasan yang badan aku tak boleh terima produk berunsur GLUTHATHIONE.. tapi kollagen boleh plak.. Kalu guna jugak mesti muka aku naik jerawat kecik-kecik..Jadi scan dulu badan anda supaya dapat kenalpasti apa yang badan boleh terima dan tak boleh terima..
10. BERRYGEN
Aku buat keputusan setelah cikgu sekolah aku pujuk untuk mencubanya.. Lama gak aku tolak takmo cuba sebab tak berapa nak yakin..Last2 ujung taun 2011 aku cuba jugaklah walaupun harganya mahal... Kesannya.....memang SUPERB sebab tindakbalas produk ni dekat kulit aku memang cepat..jerawat hilang dalam masa kurang dari sebulan... siap jadi testimoni berrygen dekat Jasin lagi..
Malangnya tak lama aku pakai berrygen tetiba Tupperware upgrade berrygen tambahkan glutha dengan stem epal.. Adooooiiiii...baru nak rasa cantik terus jadi camni.. aku try gak beli sampai tiga kotak tapi kulit aku memang tak sesuai dengan produk glutha..huhu.. Akhirnya,, mak aku jelah yang abeskan Berrygen ni..
p/s : kepada sesiapa yang takde alahan glutha bolehla guna produk ni sebab sangat membantu untuk menjaga kesihatan dalaman...=)
11. SENDAYU TINGGI
Yang ni aku nak cakap ringkas jelah... produk ni tengok kesesuaian dulu aku pakai Oily Set memang tak sesuai tapi yang latest ni produk gold kalu tak salah memang sesuai dengan kulit aku tapi macam biasa aku pakai kejap je smpai habes satu set je.. Senang citer produk ST ni berunsurkan jamu dan sesuai dengan aku...Kalu nak beli boleh pergi ke outlet yang berdekatan..
Tu jelah pengalaman aku menggunakan produk kecantikan.. Nak cantik punya pasal sanggup buat apa sahaja tapi muka tak gak cantik macam Siti Nurhaliza..hehe.. Lagi sekali nak ingatkan ni hanya pengalaman aku sahaja mungkin orang lain kesannya agak berbeza... Sekarang ni, muka aku da beransur okey dan aku hanya pakai SF Beauty dengan makan PMC je tu pun kadang-kadang je makan.. K, jumpe next entri semoga entri ni dapat membantu pihak yang ingin memilih produk yang sesuai..
-----------------------------MISZPUMPKIN......................................................