Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Powered By Blogger

Thursday, September 8, 2016

Pengalaman bersalin anak pertama Part 2

Salam sambung balik pengalaman bersalin anak pertama yang mana dah hampir setahun berlalu baru nak citer..hehehe.. Lepas dah siap jahit aku dibiarkan berehat tak pasti berapa lama tapi taklah lama sangat sambil tu aku sempatlah mintah suami buatkan teh Tanamera sebab tekak dah haus.. Sebenarnya sebelum sakit yang amat masa nak bersalin sempatlah aku main mesej dengan kawan sekerja aku, Kak Hane macam-macamlah kitaorang citer macam takde pape pulakkan..hihihi.. Ingat lagi orang terakhir yang mesej aku kawan satu tempat kerja jugak, Izati tapi aku tak reply pun mesej dia sebab dah mula sakit-sakit.. Lepas bersalin baru aku reply mesej kawan-kawan aku.. tak tau dari mana dapat tenaga lepas bersalin memang tak rasa lemah lembik..elok je aku bejaga tak tido..!!!

Masa dah tolak ke dalam ward..memang dah polisi hospital agaknya... adalah sorang nurse yang bertugas ni macam tak boleh nak lepaskan aku buat pape sorang-sorang..kalau boleh semua dia nak buatkan.. Alkisah, lepas tolak ke dalam ward, cirit-birit kembali menyerang..hahahah... Boleh stop pastu continue balik ea...hihihi.. Aku dipimpin masuk ke dalam toilet tapi yang tak best nurse ni nak tunggu aku dalam toilet takut pape jadi maksudnya dia mengadap aku nak memerut...!!! Baik sangatkan tapi dah aku pulak tak selese tak penah dalam hidup aku tengah berak ada orang kat depan....hahahahahah.. Jenuh jugaklah aku nak yakinkan dia aku oke just tunggu depan pintu toilet pun cukup kalau nak pape aku panggil je.. Nasib baik nurse tu faham.. Lagi satu aku bersyukur sangat masa awal bersalin aku tak kena sembelit mungkin disebabkan cirit tu yang tak rasa sakit nak memerut..semua berjalan lancar je..=D

Secara keseluruhannya,..service memang tiptop walaupun aku duduk dekat wad empat katil..masa mula-mula daftar ada ditanya samaada aku nak wad sorang ke  atau yang dua katil.. Aku jenis tak kisah sangat so aku decide nak wad biasa jelah.. Tapi kalau dimurahkan rezeki dapat bersalin untuk kali ke dua dekat Hospital Pantai,..aku pilih yang dua katil kot sebab empat katil satu wad macam crowded sangat mana taknya dengan sedara mara patient katil sebelah dah macam tak ingat nak balik pastu pasang movie sekuat-kuat tidak tak hormat orang katil sebelah..taulah ko duduk tu berbayar tapi adab jagalah sikit!!! Nape tak amik yang single je..hihihi.. suami aku tak bagi sebab dia cakap aku sorang je takut nanti aku yang penakut tinggal sorang-sorang..ngadekan..hehehe..

Nurse pun oke,..dari dalam labour room diorang yang bersih dan tukarkan baju aku kire daripada kepala sampai ke kaki sume dibantu termasuk nak bersihkan bahagian tuttt.. Masa dalam wad pun sama nurse yang buatkan kecualilah nak tukar baju kena buat sendiri melainkan memang kita request nak mintak nurse tolong.. Lagi satu tekan bell je diorang akan datang membantu takdelah nak mengeluh walaupun aku banyak kalilah tekan bell nak mintak macam-macam..

Baby pulak dijaga dengan baik dekat nursery..disebabkan sepanjang di hospital susu badan tak keluar walaupun baby dah banyak kali cuba hisap terpaksalah dibantu dengan susu formula.. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana..huhuhu.. Dekat hospital ini,..kalu kita request nak full bf taknak campur susu fm pun boleh je takde masalah...

Lepas bersalin aku tak terus balik rumah, suami suruh stay lagi satu malam sebab aku pun tak kuat lagi so doc datang masa hari nak balik tulah untuk check tuttt..nak tengok luka perineum camne tapi aku bila check satu jahitan dah terbuka maybe lasak sangat kot asyik begerak je..hehehe..

Aku bersalin sebelum zaman GST so kos taklah mahal sangat rasanyelah.. Total kos bersalin dalam RM 3K++ termasuk nursery baby.. Ikutkan RM2K++ tapi sebab akukan vacum kena cas RM900... Masa masuk kena deposit RM2K tapi sekarang taktau berapa kena pergi survey sendirilah..hihihi..

Itu sahaja pengalaman bersalin anak pertama.. Insha Allah perancangan nak tambah lagi sorang dah ada.. untuk yang kedua ni kena study banyak sikit pasal info dari awal mengandung sampai berpantang.. SANGAT PENTING YE!!! Aku dari mengandung sampai bersalin anak pertama memang tak berapa nak tau rasa rugi jugalah banyak miss benda yang sepatutnya aku buat tapi aku tak buat..huhuhu.. Lepas ni memang niat nak jaga kesihatan semasa mengandung dengan mengamalkan supplement dan cara hidup sihat dan nak pantang  betul-betul bagi badan sihat sepenuhnya serta paling paling penting ada niat nak fully bf untuk second baby nanti sebab masa Husna sempat sampai umur 8 bulan je lepastu dia dah taknak lagi tapi itu pun campur dengan susu fm daripada lahir lagi.. Doakan saya ye..=)))))


Tuesday, September 6, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Alhamdulillah...bulan ni September genap usia puteri sulung aku, Husna Nabilah berusia dua tahun. Da lama nak share moment bersalin anak pertama ni dengan pada ibu-ibu yang lain. Tapi asyik tangguh-tangguh sampai  anak nak masuk 2 tahun baru tergerak hati nak share..hehehe.. Moga masih kuat ingatan aku nak refresh balik pengalaman itu..hihihi.

Sepatutnya due aku 15 September 2014 tapi baby taknak keluar agaknya selesa dalam perut ibu. Last checkup, doc bagitau kalau takde tanda-tanda nak bersalin kena juga serah diri kat hospital..huhuhu.. Bila dengar doc cakap macam tu memang hati dah mula risau so lepas dari jumpa doc hari-hari aku rajinkan diri berjalan sampaikan last day sebelum nak ke hospital aku gagahkan diri jalan dekat Aeon Bandaraya Melaka berharapla esoknya keluar tanda tapi hampehhhh baby masih selesa dan tidak berganjak di dalam perut ibu..hehehe..

19 September 2014  dalam pukul 7 pagi, aku dengan suami bergerak ke hospital tapi sebelum tu sempat lagi merayau nak cari makan..kononnyelahhh tapi dekat setengah jam merayau satu kedai makan pun tak bukak lagi...kafe hospital pun sama je tak bukak...huhuhu.. Dalam 7.40 pagi terus ke labour room sebab doc dah siap-siap buat surat checkin kat sana... Sampai hospital pagi lagikan so lenganglah labour room tu, lepas masuk je nurse suruh salin baju..duduk kat atas katil.. Dah siapkan semua yang patut nurse bagi aku remote sukatilah nak tengok citer apa yang aku suka yelah bosan nak tunggu lama..hehehe..

Bab makan pulak, nurse bagitau tak boleh makan benda-benda berat so dia suggestkan order bubur je. Kalau nak bawak masuk makanan boleh je tapi jangan berat-berat. Dalam labour room hanya suami je yang dibenarkan masuk..sedara sepupu sepapat mak ayah tak boleh masuk ye..

Dalam jam 9 lebih pagi, doc masuk cek bukaan tapi 1 cm pun tak tebukak..!!! Sesi induce pun bermula doc masuk ubat kat bawah.. tapi sebelum tu nurse da pasang CTG..baby katanya tido kena gerak-gerakkan perut bukan aku buat tapi dia buatkan..hehehe.. Baik nurse tu tapi aku taktau nama sapa mekasih banyak-banyak ye kak..hihihi..

Dalam pukul 6 lebih, doc masuk sebab nak check balik kot-kot ada bukaan.. sempat jugak dia usik kitaorang laki bini kusyuk sangat tengok movie macam takde pape jadi.. Seriuously, lepas induce aku tak rasa sakit pun..pelik jugak selalu baca kat internet lepas induce ada yang sakit sampai nangis-nangis.. Oke, sambung balik dalam pukul 6 lebih doc check masih takde bukaan,,!!! Mase ni aku dah risau sebab doc cakap kalau takde bukaan atau bukaan tak banyak memang kena czer..huhuhu.. Nak nangis jugaklah masa ni.. Tapi yang bagus doc aku ni dia cakap macam gini, "takpe saya bagi awak masa sampai pukul 12 malam tengok bukaan macam mana kalau takde jugak esok pagi kena czer, sekarang ni awak buatlah apape cara supaya ada bukaan oke.." Doc ada bagitau pukul bape dah kena start puasa tapi dah lupe citer lamekan.. Lagi satu, doc takmo masuk ubat lagi untuk induce sebab doc cakap contraction aku dah makin kerap macam tulah takut rahim pecah kalau induce lagi....gitulah doc cakap seingat akulah.. Doc cakap mcm tu lepas dia monitor kat mesin CTG kot..

Lepas doc cakap buatlah apape pun asal ada jalan,..aku tak lengah terus tonggang satu botol Minyak Kelapa Dara Tanamera.. Hey,,alhamdulillah berhasil tau..!!! Dalam pukul 8 lebih doc masuk balik dia cakap bukaan dah 4 cm tapi aku memang tak sakit lagi masa tu.. Doc tanya minum apa sampai ada bukaan ..aku bagitau minum VCO..yang kelakarnya dia cakap kalau macam tu awak  minum lagi minyak tu..hahahaha. Suami aku cepat-cepat pergi beli lagi sebotol... Lepas dah ada bukaan nurse injet kat punggung dah lupa untuk apa..hihihi.. Yang pasti lepas injet bermulalah pengalaman sakit nak bersalin aku..!!!

Tak lama lepas injet, aku terus cirit-birit asyik nak pergi toilet je sampai aku tanya nurse kat kaunter ni effect injection yang kena tadi ke? Nurse bagitau bukan memang patutnya takde effect pape... Banyak kali jugaklah aku ke toilet dari kali pertama masuk aku kunci pintu sampai last skali tak kunci pun siap aku pesan kat suami kalau agak-agak dengar benda jatuh cepat-cepat masuk dalam toilet sebab aku memang dah tak larat sangat masa tu..air ketuban pun aku tak tau bile pecah..terukkan aku ni..hihihi..

Dahlah cirit lepas tu muntah pulak, nasiblah nurse tak marah..hehehe.. Sakitnya hanya Allah SWT je yang tau hingga aku dah tak boleh tahan mintak sedut gas konon boleh kurangkan rasa sakitlah.. Tapi tak jugak kurang sama je sakitnya so nasihat aku takpayahla nak sedut-sedut gas sebab kesakitan tu takkan berkurang pun.. Nurse kerap jugak masuk nak jenguk doc pula sibuk sebab malam tu dia kena hadap 4 orang lagi ibu nak bersalin..

Kalau tak silap dalam pukul 1 lebih, agaknya nurse dah tengok aku sakit sangat suami pun agaknya dah risau tengok aku macam ape ntah tahan sakit itu yang dia panggil nurse dekat kaunter.. Nurse tanya aku  tak tahan sakit sangat ke??? Doc tanya nak czer ke tak?? Aku memang tekad dari awal pregnant lagi memang nak normal kalau takde masalah so aku dalam sakit-sakit cakap takmo czer still boleh tahan lagi.. Cewahhh macam kuat je tapi thanks dekat suami yang banyak bagi sokongan moral walaupun dah kena tarik baju tarik rambut tetap bagi semangat dekat aku...!!

Aku masih ingat lagi, setiap beberapa minit mesti sakit yang amat sangat datang kire macam berkala gitu  makin nak dekat bersalin lagi dekat selang sakitnya.. Da penat menangis-nangis sebab sakit bile sakit hilang aku tido bile sakit datang aku terjaga nangis balik lepas tu tarik baju rambut suami..huhuhu..

Dalam tengah sakit, nurse masuk tanya awak sakit macam mana..??? Terus aku jerit saya nak berakkk..hahahaha... Ingat kena marah tapi nurse cakap oke berakle..hihihi.. Lepas dia cakap je macam tu doc pun masuk cek ntah apa dia cakap aku pun tak tau maybe dah mamai asyik sedut gas je..

Yang ni aku ade musykil sikit lepas aku cakap nak berak..dalam beberapa minit lepas tu terus aku tak rasa sakit...!!! Masa tu doc dengan nurse dah hadap aku.. katil pun dan macam citer transformer berubah tak tau ape yang dia tarik letak palang dekat kaki aku untuk mudahkan masa nak push agaknya tapi yang pasti aku masih lagi selasa dengan keadaan yang macam tu..

Lama jugaklah nak kuarkan anak sorang ni.. aku pun tak tau nak push macam mana dengan mamai lagi.. Suami aku cakap doc pun suara macam tegas dah sebab aku tak push kuat-kuat tapi masa tu orang cakap apu pun aku dah tak heran mamai punya pasal..hahaha.. Lepas dah push banyak kali, suami cakap nurse siap tunjuk kat suami yang rambut baby dah nampak just push lagi sikit je lagi.. Last skali,doc decide vacum je sebab aku pun dah takde tenaga lagi.. sekali dia vacum terus keluar baby..nangis kuat sangat.. Alhamdulillah lega bila baby dah keluar,, ingat lagi pukul 6.15 pagi.. Macam mane aku tau ea sebab jam memang ada kat dinding sebelah aku..hihhihi..

Baby dah siap bawak lari nak bersihkan dengan nak iqamatkan oleh ayahnya.. Allahuakbar, perasaan bercampur baur bila dengar suara baby menangis nyaring..suara baby aku je dalam labour room tu..hehehe.. Dah settle hal baby, suami masuk balik teman aku sebab doc nak jahit tuttt.. sempatlah jugak suami sembang dengan doc dah macam jahit baju pulak boleh sembang-sembang ea.. Rupanya doc jangka aku besalin dalam pukul 2-3 pagi tapi ketentuan Allah swt.. aku yang first checkin labour room aku jugak orang yang terakhir keluar labour room.. sempatlah jugak dengar ibu-ibu bilik lain besalin dah macam pasukan sorak pulak..hehehe..

Oke,.. dah panjang sangat citer aku ni nanti aku sambung next entry bile aku ditolak masuk ward pulak.. Sebelum lupa, aku bersalin dekat Hospital Pantai dengan Doktor Hanisah..=)))

Ni perkongsian aku semasa bersalin anak pertama.. Just nak share tips yang aku rasa boleh gunapakai pada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak terutama ibu-ibu yang pertama kali nak bersalin.. Memang tak dinafikan selalu dengar pasal bukaan lambat atau takde bukaan termasuklah aku lama nak tunggukan so atas pengalaman aku yang hampir-hampir nak diczer sebab bukaan yang teramat lambat,  ibu-ibu boleh try minum minyak kelapa dara Tanamera.. InshaAllah bukaan jadi cepat tanpa rasa sakit yang amat..!! Sebelum ni pun aku pernah google pasal minyak kelapa dara ni ada bagitau seelok-eloknya diamalkan bila usia kandungan 5 bulan dan bila nak odw ke hospital kire dah ada tanda nak bersalinlah boleh tonggang je sebotol terus.. Macam aku dah amalkan dari kandungan 5 bulan dan tonggang bile lepas induce..hihih.. Alhamdullillah berhasil, cadangan sahaja lain orang lain caranyakan..!!!



Inilah permata hati pengarang jantung ibu dan ayah...makin besar makin banyak akal budak kecik ni..hihihi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...